Jom Santai Bersama Ben Ashaari !!

entri terbaru

Sunday 8 April 2012

Haram Pakai Gelang Kaki !!


Setiap Muslim dan Muslimah mestilah menjaga bataspergaulan dan pemakaian bila berhubung dgn bkn mahram seperti di tempat kerja..

Paling utama dlm hal pemakaian kerana cara berpakaian dpt menarik perhatian org lain yg bkn mahram..

Wanita Islam pakai gelang kaki dgn bunyi loceng tu sampai menarik perhatian org lain utk melihatnya dikira bercanggah dgn tatacara pemakaian dan pergaulan seorang wanita Muslimah..

Itu sebabnya ia dihukum haram bila bertujuan mcm tu dan pemakaian hiasan mcm tu haruslah dielakkan..Ini jelas apabila Al-Quran menggariskn berkenaan tatacara bergaul dan berpakaian seorang wanita Islam iaitu :

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka (daripada yang diharamkan) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak keinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
(Surah al-Nur (24): 31)

Dlm ayat nie,kita blh simpulkn termasuk dlm ‘menghentak kaki’ ialah memakai gelang berloceng dan memakai kasut bertumit keras sehingga mengeluarkn bunyi..

Islam melarang perbuatan tu sbbnya menarik perhatian org sehingga terserlah perhiasan diri seseorg wanita..

Tp memakaikn gelang kaki berloceng utk anak2 perempuan yg kecik dan bertujuan utk pengawasan pulak adalah harus..

Tak termasuk dlm larangan di atas kerana tak bertujuan menarik perhatian lelaki dan usianya masih kecik lg..


No comments: