Jom Santai Bersama Ben Ashaari !!

entri terbaru

Wednesday 16 November 2011

laptop aku kena rembat !!


                                    Assalamualaikum...


Owhhh My God !! aku trasa sedih pulak kalau laptop tak dek depan mata aku dah..


Adik aku akan sambung blajar kt Jengka di UITM pd tarikh 16 NOV 2011..esok larrrr !! ehh bkn,hari nie larh..dah pukul 1 lebih da pown..ase mcm pukul 10 jew baru..


Dorang akan gerak pukul 9 pg kowt..aku tak ikut pown..bapak sedara aku tlong hantarkn..tak celuih keta ehh kalau aku ikut,hahaha..


Dan dye akan rembat laptop aku nie !!! arrgghhh tidak !!, sob3..nak kluar air mata !!..susah la aku nk online nanti..


Tulah,masa laptop ada depan mata taknak update blog bebanyak..pdan muka kaw mimi !!! nahh !! ambek kaw !! ~errrhhhh~..


Selamat tggal blog ksyangan !! aku terpaksa tggalkn kau..maybe  1,2 kali sebulan jew aku akan update kaw blog saryunk !!..


Tp tak pela..mestilah nk kena utamakn adik aku yg nk sambung blaja tu kan..smoge adik aku sukses n pndai jaga dri bila jaoh ngn kitorang..harap2 mende tak elok yg prnah blaku TAKKAN berlaku lagi..aku tak nak dye ikut jejak aku yg pernah aku buat salah.. :(


Lgpun aku pulak nk keja dah..aku dah dpt tmpat yg kekosongn jawatan..maybe dlm 2,3 minggu lg aku nk mintak keja kt situ..kalau org da cop, nk wt cmner kn..dah tak dek rezeki kan..


Knape aku baru nk mintak keja 2,3 minggu lg pdhal dah tau kt situ ade keja kosong?? Bukan ape..dlm bln nie aku byk program dgn my mom..nk gi kuantan larh, uruskn tulah, nielah..klau keja pown byk amek cuti jew..sebab tulah terpaksa tangguh mintak keja tu dulu yunk..jgn mare yerr,ihiks ;)..


Tak pelah, jage diri yerk blog saryunk ku !! jgn lupakn aku taw !! jgn nakal2 taw !! duduk diam2 taw,jgn brubah2 taw !! jgn peningkn pale otak tuan kaw nie taw bila setiap kli aku update kaw nanti yerk !! aku saryunk kaw yayunk !!...


I LOVE U GREENSEJUKHATI !!


Kekasih internet ajak kawin.


                                                 Assalamualaikum...


 
Nie hubungan cinta antara dua benua la ekk, kaw n si dye mengungkap erti cinta yg tak mengenal rupa kan. Tak perlu tatapan mata, kaw n si dia sudah pun saling jatuh hati.owhhh, tidak !! ehehe, gedik la pulak..


Nie sebab kaw dah terpaut dengan pasangan yg berlainan bangsa n budaya wlaupun perhubungan terjalin menerusi Internet saja..wow !! harus b'hati2..ada yg bernasib baik, ada yg sebaliknya taww..


Cinta korang nie boleh dikatakan ‘cinta hampir sedia untuk komitmen’ sebab kedua-dua belah pihak sudah menyatakan persediaan utk kawin..fuyooo !!


Bagaimanapun, banyak jugak faktor yg perlu korang pertimbangkan dgn teliti sebab hidup berumah tangga bukan semudah seperti yg disangka taw.. 


Tambah pulak kaw tu kenal dgn si dye secara maya.Kenal seseorang tu melalui dunia maya mcm kt Internet tu tak semestinya sama dengan dirinya apabila berdepan (face to face la)..


takot jew kaw tu terpikat dengan hanya kata-kata pujuk rayu jew, padahal dalam urusan pilih bakal suami, seseorang tu kena lah meneliti latar belakang pasangan supaya kaw tu tak sesal sendiri..


Bakal pasangan kekasih berlainan bangsa n jurang berbeza kemungkinan cabarannya lebih besar kt diri sendiri taw.. 


Sebaik saje mengahwini seseorang tu, ia jugak b’maksud kita mengorbankan separuh kehidupan kita n menerima sebahagian kehidupan dirinya taw. kaw bukan jew mengahwini dirinya tapi berkahwin dengan keluarganya jugak yerk.Untuk tu kaw kena lah menemui dye sebelum kaw buat keputusan sama ada dye calon sesuai sebagai suami or tak kayh ??.. 


Kaw cuba la bawak2 berbincang dgn orang tua kaw dgn penerimaan dorang pasal pasangan kaw tu yang sangat berbeza adat resamnya taw !!..jgn ikut kpala sndri jew taw..kalau mak bapak kaw tak trima, jgn membantah  kayy !!  ada sebab la tu nape dorang tak trima..  ^_^



Hati sering terpikat isteri orang..

                                  Assalamualaikum...


haaaa,nie lagi dasyat klau dpt laki cenggini..Nauzubillah, ingat Allah wahai kaum Adam..jgn dilayan sgt prasaan tu yerkkkkk...


Sudah terang lagi bersuluh menyimpan perasaan cinta kat pompuan berstatus bini orang bukan 1 perkara wajar yg korang lakukan.


Malah korang sendiri pernah melalui keperitan menjalin hubungan cinta dgn pompuan berstatus bini orang masa dulu.


Kenapa perlu melalui sekali lagi sedangkan korang tahu hubungan tu tak pernah berakhir dgn kebahagiaan kan??..adoyaiiii,,


Lagipun perbuatan korang hanya memudaratkan diri n boleh mengakibatkan ramai lagi terluka ngn perbuatan korang taw..jangan pikir hati sendiri jew.. pikir la hati org lain jugak..


Buruk kesannya kalau korang akur dgn kecenderungan berminat kat pompuan yg dah ada suami sebab  bukan saje tak beretika, tp memecah belahkan keluarga org lain taw, sedangkan dalam Islam tegas melarang seseorang Muslim tu melakukan sesuatu yang boleh menyakiti hati saudara yang lain !!..haaa,ingat 2 saudara2 sekalian uuuiitt..


Sebagai contoh kalau korang renung balik satu larangan dalam Islam tidak membenarkan seseorang lelaki Muslim meminang tunangan orang. Secara tidak langsung hukum larangan itu lebih berat kepada wanita sudah bersuami !!..


Sabda Rasulullah bermaksud: “Seorang mukmin adalah saudara bagi mukmin yang lain. Oleh itu, tidak halal dia membeli pembelian saudaranya dan tidak halal pula dia meminang pinangan saudaranya itu.” (Hadis riwayat Muslim).


Lupakan jelah perasaan tu n jalinkan hubungan ngn pompuan tak pernah disunting oleh mana-mana lelaki sebabnya ia lebih afdal lagi yerkk..  ^_^



Isteri mintak cerai lepas jumpa pakwe lama.


Saya berkahwin hampir 16 tahun dan mempunyai dua pasang anak, yang sulung berumur 15 tahun dan bongsu 10 tahun.Sebelum ini isteri tidak bekerja dan saya mencuba memberi nafkah zahir batin secukupnya hingga terpaksa berhutang kerana hendak menjaga hati isteri.Kami sering bertengkar dan isteri kata dia sudah tawar hati sebab tidak bahagia.Antara sebabnya ialah kehidupan yang susah sebab wang sering kekurangan dan banyak hutang.Saya sudah membeli rumah dan kereta. Isteri berjumpa kawan lama yang mengatakan hidupnya tidak bahagia dan mereka kini bercinta.Isteri sering minta diceraikan dan dia kini sudah bekerja serta sering berjumpa kawan lelakinya itu.Saya menganggapnya sudah menderhaka.Setelah saya halang dan pisahkan mereka, isteri berkawan pula dengan kekasih lama yang sudah berkahwin dan kaya.Sekarang isteri bersungguh-sungguh meminta diceraikan kerana hendak terus berkasih dengan lelaki berkenaan.Semua ahli keluarganya tahu dan marah dengan cara hidupnya.Mereka juga menasihatkannya, tetapi tidak diendahkan. Sudah beberapa kali saya terjumpa isteri keluar makan dengan lelaki lain dan ada SMS isteri berkasih sayang dengan lelaki itu.Isteri minta bercerai dengan cara baik, tetapi saya masih sayangkannya dan tidak mahu dia mendapat balasan daripada Allah kerana melakukan dosa.Jika saya berpisah dengan cara baik, tidakkah saya bersubahat kerana saya tahu kesalahannya tapi membiarkannya? Berdosakah saya jika memfailkan kes nusyuz terhadap isteri dan mengambil hak penjagaan anak? 


kes ini sebahagian daripada ujian Allah.Bermula dengan kesusahan hidup, berhutang, bini derhaka dan mula ada hubungan luar,lepas tu bini mintak cerai kan.

Sebagai suami dan ketua keluarga dah tentu rumit dan merungsingkan korang(suami) kan?? Tak ada jalan penyelesaian dalam hal sebegini selain bini kembali taat kat korang(suami) dan ajaran agama.

So,korang(suami) perlulah bertindak membetulkan keadaan. Tindakan bagi bini yg nusyuz dan tidak baik ialah dengan menasihati secara baik, meninggalkan tempat tidur dan mengambil tindakan berbentuk fizikal yang tak membahayakn,cntohnya memukul bini kaw.

kalau tak berjaya jugak, dapatkan lah bantuan keluarga yang lain.Bila tak mampu lagi bertahan, perpisahan lah jalan yg terakhir.kalau tak,korang(suami) boleh dianggap sebagai lelaki dayus sebabnya korang(suami) biarkan bini korang melakukan maksiat secara terbuka.

Memfailkan kes nusyuz dan mengambil hak penjagaan pulak boleh dibuat kat mahkamah syariah. Perceraian pulak mempunyai banyak hikmah, antaranya pasangan boleh menimbang kembali kedudukan keluarga yang sudah dibina selain memberi peluang kepada masing-masing membina hidup baru.

Haaa, korang da baca kisah si suami nie ?? kesian kan dpt bini yg curang..pentingkan diri sendri drpd keluarga n anak2..tak malu kew ngn anak2 buat perangai cm tu,anak2 da besar2,ishh5 !! sob3 dpt bini cmnie..anak2 yg jadi mangsa..sepatutnya korang(bini) bangga dpt laki cmtu tau ark !!?? blh b'tanggungjwb..klau kau(bini) ikut jantan lain, belum tentu jantan kau tu b'tanggungjwb cm laki kau..silap2 dpt "barang" kau tu,teros buang kau cari anak dara..nahh kau pdn muka !! balasan Allah sape yg tahu weiii ?? elakkn lah sebelum dpt balasan..cinta lama knon..dah baranak pinak msih lg prangai cenggitu..bila kau dah kontang kanting,yg kau cari sah2 anak2 n laki kau jugak !! kau yg ludah, kau yg jilat blk ludah kau sendiri..eee yerkkk !! hormat n hargailah laki kaw,tak cium bau syurga 0iiii !!...SEKIAN...



Tips : Kedua-dua pihak perlu saling mengingati.


sesungguhnya Islam itu mudah, sederhana dan tiada paksaan kerana ajarannya mengandungi hikmah yang sangat besar untuk dinikmati oleh umatnya.

Islam memiliki sifat dasar iaitu kesempurnaan, penuh nikmat, diredai dan sesuai dengan fitrah. Ia mampu menjadikan pengikut dan penganutnya berasa tenang, selamat dan bahagia dalam menjalani kehidupan ini walau apa jua cabaran yang mendatang.

Keindahan Islam itu juga dilihat tiada tolok bandingnya terutama bagi saudara baru atau mualaf yang baru merasai perbezaan sebelum dan selepas bergelar seorang Muslim.

Kepuasan dan ketenangan jiwa yang diakui diperoleh selepas menganut agama Islam memberi seribu satu pengalaman berbeza buat mereka.

Terdapat banyak faktor penghijrahan seseorang itu antaranya secara suka-suka, atas kesedaran diri sendiri atau semata-mata kerana cinta dan mahu mendirikan rumah tangga.

Namun, sebagai manusia biasa, ada antara saudara baru ini yang kadang-kadang tewas apabila terpesong daripada akidah dan kembali ke jalan lama selepas tidak dapat menerima cabaran antaranya halangan keluarga.

Bagaimanapun, tidak dinafikan ada juga antara mereka yang berjaya melaluinya sehingga menjadi Muslim hebat.

Kita biasa mendengar seorang lelaki Muslim mengahwini wanita mualaf dan jika difikirkan, tanggungjawab memimpin keluarga menjadi lebih mudah, tetapi bagaimana jika sebaliknya serta perkahwinan pula dilanda badai?

Menyentuh hal ini, cuba anda, sebagai seorang wanita membayangkan mengahwini seorang saudara baru atas dasar suka sama suka dan saling mencintai.

Bagaimanapun, mahligai yang dibina itu secara perlahan-lahan mula menunjukkan tanda berantakan akibat sikap suami yang semakin hari semakin lalai menjalani perintah Allah. Beban yang harus digalas tentunya payah diungkapkan dengan kata-kata.

Umum tahu lelaki atau bapa adalah ketua setiap keluarga. Berdasarkan firman Allah dalam surah an-Nisa ayat 34 bermaksud: “Lelaki adalah pemimpin kepada wanita. Oleh kerana itu Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan).”

Selaku pemimpin, pentadbir, penguasa dan pelindung rumah tangga, suami wajib memastikan hal ehwal rumah tangga berjalan lancar.

Cabaran seorang isteri yang bersuamikan saudara baru amat besar kerana dia perlu memastikan dan membimbing suaminya mendalami ilmu agama dengan lebih terperinci serta sempurna supaya menjadi hamba Allah yang sejati.

Isteri sebegini sering berada dalam keadaan tertekan dan serba salah kerana menghormati peranan suami sebagai ketua keluarga.

Insan bernama lelaki adalah ketua dan mesti melindungi seorang wanita. Apabila dia bergelar suami, tugasnya menjadi lebih berat kerana perlu menjadi ketua keluarga.

Sekiranya suami itu saudara baru, tanggungjawab yang dipikul dirinya bertambah berat sebab perlu mengetuai dan mendidik sebuah keluarga.

Justeru, dia perlu benar-benar mengetahui dan mendalami agama Islam sebaik-baiknya, tetapi jika dirinya terpesong sehingga satu tahap memilih kembali ke agama asal, satu masalah serius pasti berlaku dan insan yang berada dalam dilema adalah si isteri.

Lelaki terkenal dengan keegoannya dan sukar menerima teguran isteri yang mahu dirinya menuju ke arah kebaikan. Bagi sesetengah mereka, kuasa yang dimiliki tidak melayakkan isteri itu untuk menegurnya.

Isteri pula serba salah dan takut jika dianggap menderhaka kepada suami jika berbuat demikian. Namun, mahu atau tidak mahu, dia perlu berbincang dan memberi nasihat kepada suami agar cepat kembali ke pangkal jalan dan bertaubat.

Hal ini bukan saja terjadi kepada wanita yang bersuamikan mualaf, tetapi juga sebaliknya. Lantaran kes seperti ini, sebuah perkahwinan itu mungkin diakhiri dengan perceraian. Lebih buruk lagi apabila jika mereka mempunyai anak yang di kemudian hari menjadi mangsa kepada permasalahan ini.

Masalah ini dilihat kerap berlaku kepada sebuah perkahwinan apabila seorang daripada mereka memeluk Islam atas faktor cinta dan semata-mata mahu berkahwin.

Perlu diketahui penghijrahan seorang saudara baru daripada agama asal kepada Islam yang hanya berpaksikan cinta terhadap pasangannya tidak cukup untuk menjadikannya Muslim sejati kerana ia perlu disusuli dengan proses pembelajaran dan mendalami Islam secara berterusan.

Dalami Islam dengan secukupnya untuk bergelar seorang mukmin dan hamba Allah yang dikasihi serta disayangi. Bagi lelaki, hanya selepas itu barulah mereka boleh menjadi ketua yang baik dengan adanya asas kukuh.
perkara sedemikian tidak dinafikan memang berlaku dan kini masih berada di tahap membimbangkan.

Ada suami yang bagus dan ada juga yang bermasalah sehingga mahu murtad.
Kebanyakan kes seperti ini terjadi kepada saudara baru yang memeluk Islam atas dasar cinta dan mendirikan rumah tangga.

Secara jujurnya, seseorang yang memeluk Islam kerana perasaan cinta ini niatnya sudah lain dan sukar menerima perubahan jika dia tidak dididik dan mendapatkan pendidikan ilmu agama Islam secara terus-menerus.

Sebagai seorang lelaki dan suami, dia mesti faham tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga yang wajib membimbing isteri dan anak. Namun, apabila timbul masalah sebegini, dengan hak dan kuasa yang ada di tangannya, amat sulit untuk dia menerima teguran atau mengambil berat kata-kata isteri. Malah, mungkin hal lain seperti penderaan pula yang akan berlaku.

Selain itu, antara faktor suami mudah terpesong adalah kerana tidak mengikuti kelas agama dengan kerap. Sekiranya suami lupa atau terleka sekejap, isteri sepatutnya mengingatkan dan mengajak suami ke kelas. Jika hal sebaliknya yang berlaku, pincanglah institusi kekeluargaan itu.

Kesimpulannya, kedua-dua pihak mesti bekerjasama, memahami dan saling mengingati antara satu sama lain.

Tips : Tersepit di antara cinta n simpati.

Assalamualaikum..


hye der,hihihi..kisah nie kisah tersepit antara cinta n simpati..


Tak salah klau kita berasa simpati or kesian dgn nasib dorang yang kurang bernasib baik. Cuma biarkan jew perasaan tu berpatutan dan tak sampai memberi beban kt diri kita sendiri..


Setiap kebaikan dan pertolongan perlu ala kadar supaya tak menjejaskan keperluan diri sendiri, terutama kalau perkara tu membabitkan hal jodoh dan kesan berpanjangan..hayooppp !!


Hal camnie aku sarankan korang pertimbangkan sedalam-dalamnya. Adakah korang mampu mengendong tanggungjawab sebagai isteri “B” n terpaksa meninggalkan cinta si “A” kerana simpati??


Haa,pikir la betol2, jagan sampai si “A” kecewa taw !!  Takot korang menyesal jew nanti..Korang mestilah  berterus terang dengan si “B” yg korang sebenarnya tak dapat terima dye sebab ada pilihan sendiri n ingin fokus kat pelajaran..


Dua sebab tu cukup kuat untuk dijadikan alasan korang terpaksa menolak si “B”.. korang kena tegas n memahami yang mana menjadi keutamaan tanpa mengorbankan diri sendiri yerk..  ^_^




lama tak update

                                      Assalamualaikum...

Hai larlink !! , lamanya aku tak update blog kan..knape ek ??
sebab aku pun tak tau nak taip menda..
lagipun tak dek masa nak online selalu larh..


lagipun bosan jugak mengadap laptop nie kan..
laptop pun nak tido jugak weiii !! hihihi..


hurmmm, sekarang musim hujan..kalau petang jew mesti hujan kan..
kalau nak hujan mesti petang kan..eheheh  ;)...



hurmmm, apa lagi ekk aku nak taip nie..betol2 tak dek idea larh..


nanti2 larh kite story2 yerk..time nak makan nihhh..
belom makan lagi taww..pagi tadi kemas2 rumah, teros sambong tido, ahakss ;)



ok larh dear, time to out !! pappye.. jumpa lagi saryunk !! ^_^




Tips : Kekal muda di usia tua.


Ramai wanita risau bila semakin dekat usia menopaus. Menopaus sebenarnya permulaan era dalam hidup wanita yg menandakan kita semakin matang. Bagi wanita Islam, ada lebih byk masa mendekatkan diri dengan Allah n boleh beribadat dgn tenang sbb tak dek keraguan mengenai haid.


Secara purata kitaran haid terhenti pada umur 50 atau 51 tahun. Kajian menunjukkan 1 peratus wanita menopaus awal iaitu sebelum 40 tahun. Antara punca yg blh menyebabkan menopaus awal ialah pembedahan pembuangan ovari (akibat masalah kesihatan), ovari gagal berfungsi n menerima rawatan kemo or radioterapi (untuk rawatan kanser). 


Penurunan paras hormon estrogen ketika menopaus memberi kesan menyeluruh kt wanita iaitu drpd rambut hingga hujung kaki sbb ia membabitkan perubahan pada otak, rambut, mata, gigi, jantung, tulang, payu dara, kulit dan vagina.


Perubahan ini adakalanya turut mempengaruhi emosi wanita yg sememangnya menjadi sedikit celaru akibat ketidakstabilan hormon. Suami, anak n ahli keluarga perlu faham perubahan dialami wanita di ambang menopaus n emosi yg kadangkala tidak menentu sbb ia di luar kawalan wanita. 


Walaupun wanita hanya dikatakan mengalami menopaus apabila haidnya berhenti selama sekurang-kurangnya enam bulan (biasanya pada umur 50 atau 51 tahun), perubahan ini blh berlaku beberapa tahun sebelum itu secara perlahan-lahan n berperingkat. 


Tahap gangguan gejala berbeza antara individu mengikut daya ketahanan masing-masing. Namun, gangguan akibat menopaus tak blh dibiarkan berlarutan sbb 1 pertiga hidup wanita adalah selepas menopaus.


Inilah sbbnya sokongan keluarga terutama suami penting supaya wanita dapat menjalani kehidupan sebaik mungkin. Ia bertepatan dengan tema sambutan Hari Menopaus Sedunia tahun ini yang berkisar kepada penuaan sejahtera dalam usia emas.


Sememangnya ada byk perkara baru yg perlu diambil kira sebaik memasuki era menopaus terutama dari segi kesihatan. Antaranya ialah saringan kesihatan utk: 


·  Payudara – Risiko mendapat kanser payudara meningkat mendadak selepas menopaus. Selain menjalani ujian mamogram setiap tahun, setiap wanita perlu selalu membuat pemeriksaan sendiri payudara di rumah.

·  Tekanan darah – Pada usia begini, tekanan darah memang mudah naik klau tak jaga pemakanan. Tekanan darah n paras kolesterol yang tinggi akan mendekatkan wanita dengan risiko sakit jantung. 


Korang tau tak ?? lepas menopaus risiko mendapat serangan jantung sama seperti lelaki. Jadi untuk mengelakkannya, rajin-rajinlah bersenam selain menjaga pemakanan. Ia juga secara tak langsung membantu mengekalkan kelangsingan badan n membuatkan anda nampak muda. 

· Paras gula darah – Tekanan darah tinggi, penyakit jantung n kencing manis digelar penyakit tiga serangkai atau ‘sahabat baik’ kerana ia mempunyai kaitan rapat antara satu sama lain. Berhati-hati kalau korang mempunyai ahli keluarga menghidap kencing manis sbb korang jugak berisiko tinggi mendapatnya.
Namun amalan gaya hidup sihat dapat bantu korang menjauhi masalah ini. 

· Kelenjar tiroid – klau korang berumur lebih 50 tahun n sering rasa sejuk, sengal, mengalami sembelit n berat badan mudah naik, berbincanglah dgn doktor sama ada korang perlukan ujian masalah kelenjar tiroid.

· Gigi dan gusi – Kajian menunjukkan keradangan gusi ada kaitan dgn penyakit jantung n kencing manis. Buat temu janji dgn doktor gigi sekurang-kurangnya dua kali setahun untuk memastikan gigi kita sentiasa sihat. Ingat taw, kehilangan gigi akan membuatkan kita nampak lebih cepat tua !! ihihihihi ^_^

· Telinga – Ramai wanita mula mengalami masalah pendengaran selepas berumur 50 tahun. Jadi tak payah bertangguh utk jalani pemeriksaan telinga terutama kalau pendengaran korang agak terganggu akhir-akhir ini.

· Mata – Jalani pemeriksaan mata setiap tahun kalau korang pakai spek mata or kanta lekap n dua tahun sekali bagi yg tiada masalah rabun. Wanita lebih mudah mengalami masalah mata sb lebih berisiko mendapat sindrom mata kering n penyakit auto imun yang membabitkan mata. 

· Kulit – Kerap periksa badan sendiri. Cuba perhatikan kalau ada tanda aneh or taik lalat yg luar biasa sbb mungkin menandakan kehadiran kanser !!. 

· Emosi – Ini masalah paling lazim yg dialami wanita menopaus. Ramai yg mengalami masalah kemurungan yg disebabkan byk faktor seperti ketidakstabilan hormon, perubahan hidup, sindrom kesunyian (selepas anak-anak besar n tinggal berasingan), perasaan hilang identiti diri n sebagainya.
Klau korang turut mengalami masalah nie, dapatkan bantuan kaunselor n luangkan masa utk terbabit dalam aktiviti masyarakat supaya hidup kita terisi.  ^_^



Tips : Semai rasa cinta.

Assalamualaikum..


Perselisihan faham dan pertengkaran mesti merimaskan kita, terutama skali bila mereka2 mengharapkan kehidupan bahagia di alam perkahwinan..


Usia perkahwinan yang hampir 2 tahun seharusnya dinikmati dengan aman, jauh beza dengan keadaan yg dilalui korang sekarang..


Ibarat pepatah Melayu, ‘disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari’.. haa,kan kena tu..tu konsep sebenar dan korang harus siap sedia bila bergelar suami. Ia akan menjadikan korang matang sebelum menghadapi gelombang perkahwinan yerk..


Korang seharusnya kreatif mewujudkan ion positif menjadikan tenaga negatif seperti sikap baran dan degil isteri tak terus menerus menjarakkan ikatan korang dan isteri korang..


Selain mengelak, korang perlulah berusaha dekatkan diri korang dgn isteri korang dan gunakan pendekatan lembut supaya isteri korang tak lagi berkasar..kalau kasar jugak kasi terajang jew,hahahaha !!


Kenali lah kesukaan dan wujudkan suasana romantik time korang mula mengenali si dye..
Jangan malu terus menyemai perasaan cinta korang tu supaya isteri korang tu tak sensitif lagi kayy..


Kadangkala kan isteri nie jadi sangat sensitif dan mudah melenting sebab ingin meraih perhatian korang la tuh..


Harap2 bukan saja lembutkan hati isteri korang, malah korang jugak dapat mencari keserasian dan kebahagiaan yang kian hilang dalam hubungan korang dan isteri korang tu yerkk..  ^_^


Suburkan hubungan korang dgn kata2 sayang dan tak lupa jugak b’doa supaya ikatan perkahwinan korang kukuh hingga ke akhir hayat korang kayhhh ??, insyaAllah.   ^_^

Kekasih cantik pisau cukur??

                                         Assalamualaikum..


Haaa dgr nie,sayang seseorang tidak bermaksud perlu menurut setiap apa yg dye mintak n menghambakan diri kt dye.


Adakalanya sayang memerlukan kita memarahi n bersikap tegas dengan dye.


Ibarat pepatah Melayu mengatakan ‘sayang isteri tinggal-tinggalkan, sayang anak tangan-tangankan’.hahaha…


Korang renungkan betapa pentingnya mendidik dan menasihati kekasih kita. Biarkan saja prangai dye yang obses dengan barang2 berjenama akhirnya menjerut diri korang sendiri kelak andaikata dye pasangan korang satu hari nanti(nikah).


Tekadkan hati n jangan mengalah kalau dye perang dingin. Korang kena luahkan perasaan n pandangan korang sal cara dia berbelanja.


Bukan amek jalan penyelesaian mudah or mengalah kalau dye muncung mulut sebabnya itu membiarkan sifat manjakan diri dengan barang berjenama terus menjadi2 taw.


Andaikata lah korang sedaya upaya menasihati tapi masih gagal, aku sarankan korang pulaukan dan ugut terpaksa tinggalkan dye sebab tak tahan dgn prangai dye..haa bia pdn muka dye..ingat dye jew yg blh ugut org..


Tapi, biarlah teknik ugutan itu menjadi jalan terakhir untuk menyedarkan pasangan korang kayyhh..
SEKIAN.. ^_^



Monday 14 November 2011

Hukum panggil mama.


                                    Assalamualaikum..


Tak salah la panggilan mama daripada seorang anak kepada ibu dye.



Lumrah hidup masyarakat kita kalau panggilan mcam mama, ibu, ummi,
emak n wan adalah panggilan yang digunakan untuk seorang anak 
memanggil n menghormati ibunya.. 



Kalau kat tempat lain mungkin mempunyai makna yang berbeza, 
tak menjadi masalah sbb dalam masyarakat kita, blh diterima pakai yerk..
^_^


Berdosa suruh cerai taw !!

Assalamualaikum...


Berdosa besar taw dalam Islam seandainya seorang wanita menyuruh bekas suami 
menceraikan isterinya. Seorang suami adalah pemegang talak n hak mutlak utk membuat  keputusan !!..



Amat malang kalau suami yang menceraikan isteri bukan kehendak hatinya tapi sbb 
nak menyahut cabaran bekas isteri dye tu..



Sepatutnya dye tak perlu menyahut cabaran itu tapi berfikir n membuat keputusan yang bijak !!..



Menceraikan isteri tanpa sebab yang munasabah sebaliknya hanya kerana 
menyahut cabaran bekas isteri adalah satu perbuatan menzalimi isteri lain tau tak !!.. 


Status perkahwinan pompuan mengandung luar nikah.

                                 
                                     Assalamualaikum...



Amek perhatian !! amek perhatian !! amek perhatian !! 
nie utk yg tak tau larhh..yg dah tau tu diam2 ajew larhh,hihihi..



Pompuan yang mengandung, kandungan tu hasil perkahwinan yang sah, 
adalah haram bernikah taw !!..Tp pew pun, dorang yang mengandung luar nikah 
tak termasuk kategori nie sbb kandungan tu tak melalui perkahwinan 
yang sah n baby dalam kandungan tu ialah anak tidak sah taraf !!.. 



kalau pompuan yang mengandung luar nikah berkahwin, perkahwinan itu sah, 
bahkan jika baby tu lahir selepas tempoh or masa perkahwinan iaitu 
enam bulan lebih, boleh dibinkan nama bapaknya okayy ??..hehehe...