sesungguhnya Islam itu mudah, sederhana dan tiada paksaan kerana ajarannya
mengandungi hikmah yang sangat besar untuk dinikmati oleh umatnya.
Islam memiliki sifat dasar iaitu kesempurnaan, penuh nikmat, diredai dan
sesuai dengan fitrah. Ia mampu menjadikan pengikut dan penganutnya berasa
tenang, selamat dan bahagia dalam menjalani kehidupan ini walau apa jua cabaran
yang mendatang.
Keindahan Islam itu juga dilihat tiada tolok bandingnya terutama bagi
saudara baru atau mualaf yang baru merasai perbezaan sebelum dan selepas
bergelar seorang Muslim.
Kepuasan dan ketenangan jiwa yang diakui diperoleh selepas menganut agama Islam memberi seribu satu pengalaman berbeza buat mereka.

Terdapat banyak faktor penghijrahan seseorang itu antaranya secara
suka-suka, atas kesedaran diri sendiri atau semata-mata kerana cinta dan mahu
mendirikan rumah tangga.
Namun, sebagai manusia biasa, ada antara saudara baru ini yang kadang-kadang tewas apabila terpesong daripada akidah dan kembali ke jalan lama selepas tidak dapat menerima cabaran antaranya halangan keluarga.
Bagaimanapun, tidak dinafikan ada juga antara mereka yang berjaya melaluinya sehingga menjadi Muslim hebat.
Kita biasa mendengar seorang lelaki Muslim mengahwini wanita mualaf dan jika difikirkan, tanggungjawab memimpin keluarga menjadi lebih mudah, tetapi bagaimana jika sebaliknya serta perkahwinan pula dilanda badai?
Menyentuh hal ini, cuba anda, sebagai seorang wanita membayangkan mengahwini seorang saudara baru atas dasar suka sama suka dan saling mencintai.
Bagaimanapun, mahligai yang dibina itu secara perlahan-lahan mula menunjukkan tanda berantakan akibat sikap suami yang semakin hari semakin lalai menjalani perintah Allah. Beban yang harus digalas tentunya payah diungkapkan dengan kata-kata.
Umum tahu lelaki atau bapa adalah ketua setiap keluarga. Berdasarkan firman Allah dalam surah an-Nisa ayat 34 bermaksud: “Lelaki adalah pemimpin kepada wanita. Oleh kerana itu Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan).”
Selaku pemimpin, pentadbir, penguasa dan pelindung rumah tangga, suami wajib memastikan hal ehwal rumah tangga berjalan lancar.
Cabaran seorang isteri yang bersuamikan saudara baru amat besar kerana dia perlu memastikan dan membimbing suaminya mendalami ilmu agama dengan lebih terperinci serta sempurna supaya menjadi hamba Allah yang sejati.
Isteri sebegini sering berada dalam keadaan tertekan dan serba salah kerana
menghormati peranan suami sebagai ketua keluarga.
Insan bernama lelaki adalah ketua dan mesti melindungi seorang wanita. Apabila dia bergelar suami, tugasnya menjadi lebih berat kerana perlu menjadi ketua keluarga.
Sekiranya suami itu saudara baru, tanggungjawab yang dipikul dirinya bertambah berat sebab perlu mengetuai dan mendidik sebuah keluarga.
Justeru, dia perlu benar-benar mengetahui dan mendalami agama Islam sebaik-baiknya, tetapi jika dirinya terpesong sehingga satu tahap memilih kembali ke agama asal, satu masalah serius pasti berlaku dan insan yang berada dalam dilema adalah si isteri.
Lelaki terkenal dengan keegoannya dan sukar menerima teguran isteri yang mahu dirinya menuju ke arah kebaikan. Bagi sesetengah mereka, kuasa yang dimiliki tidak melayakkan isteri itu untuk menegurnya.
Isteri pula serba salah dan takut jika dianggap menderhaka kepada suami jika berbuat demikian. Namun, mahu atau tidak mahu, dia perlu berbincang dan memberi nasihat kepada suami agar cepat kembali ke pangkal jalan dan bertaubat.
Hal ini bukan saja terjadi kepada wanita yang bersuamikan mualaf, tetapi juga sebaliknya. Lantaran kes seperti ini, sebuah perkahwinan itu mungkin diakhiri dengan perceraian. Lebih buruk lagi apabila jika mereka mempunyai anak yang di kemudian hari menjadi mangsa kepada permasalahan ini.

Masalah ini dilihat kerap berlaku kepada sebuah perkahwinan apabila seorang
daripada mereka memeluk Islam atas faktor cinta dan semata-mata mahu berkahwin.
Perlu diketahui penghijrahan seorang saudara baru daripada agama asal kepada Islam yang hanya berpaksikan cinta terhadap pasangannya tidak cukup untuk menjadikannya Muslim sejati kerana ia perlu disusuli dengan proses pembelajaran dan mendalami Islam secara berterusan.
Dalami Islam dengan secukupnya untuk bergelar seorang mukmin dan hamba Allah yang dikasihi serta disayangi. Bagi lelaki, hanya selepas itu barulah mereka boleh menjadi ketua yang baik dengan adanya asas kukuh.

perkara sedemikian tidak dinafikan memang berlaku dan kini masih berada di
tahap membimbangkan.
Ada suami yang bagus dan ada juga yang bermasalah sehingga mahu murtad.
Kebanyakan kes seperti ini terjadi kepada saudara baru yang memeluk Islam atas dasar cinta dan mendirikan rumah tangga.
Secara jujurnya, seseorang yang memeluk Islam kerana perasaan cinta ini niatnya sudah lain dan sukar menerima perubahan jika dia tidak dididik dan mendapatkan pendidikan ilmu agama Islam secara terus-menerus.
Sebagai seorang lelaki dan suami, dia mesti faham tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga yang wajib membimbing isteri dan anak. Namun, apabila timbul masalah sebegini, dengan hak dan kuasa yang ada di tangannya, amat sulit untuk dia menerima teguran atau mengambil berat kata-kata isteri. Malah, mungkin hal lain seperti penderaan pula yang akan berlaku.
Selain itu, antara faktor suami mudah terpesong adalah kerana tidak mengikuti kelas agama dengan kerap. Sekiranya suami lupa atau terleka sekejap, isteri sepatutnya mengingatkan dan mengajak suami ke kelas. Jika hal sebaliknya yang berlaku, pincanglah institusi kekeluargaan itu.
Kesimpulannya, kedua-dua pihak mesti bekerjasama, memahami dan saling mengingati antara satu sama lain.

No comments:
Post a Comment