Jom Santai Bersama Ben Ashaari !!

entri terbaru

Sunday 30 September 2012

Kek Coklat Moist

Assalamualaikum...

Harap maklum , sila jangan kutuk..hanya blh kutuk dlm hati shj , terima kasih..ehehe..

sori , kek bajet jew nie..dok berangan selama nie nak buat kek moist nie hiasannya ada strawberry , tapi bajet lari nak buat harinie..tp hati aku tetap memberontak nak buat harinie jugak..

InsyaAllah lain kali power punya..percubaan yg pertama nie bagi aku tak berapa memuaskan hati aku laa..dari segi rasa ok dah , yg tak memuaskan aku ialah dari segi tekstur lah , dari awal lagi aku pikir tekstur dye , dilema betol aku..rasanya agak keras sedikit berbanding kek kat kedai yg aku keje nie haa..walaupun keras sikit jew , tetap tidak memuaskan hati aku..aku jenis nak sempurna dan menjadi bila aku buat apa apa pun..huwwaaaa !!

sekian

Saturday 29 September 2012

Tips : Petua Islam Untuk Menyambut Hari Lahir

Assalamualaikum...


1. Menurut Islam, seseorang itu boleh menyambut harijadinya atau pun meraikan hari lahir orang lain. Dengan syarat pengisian di dalam majlis itu tidak meniru atau mengagung-agungkan budaya Barat yang 

menyalahi syariat dan akhlak Islam. Ini bermakna, tiada percampuran (pergaulan bebas) antara lelaki dan perempuan, meminum arak, tari-menari, pendedahan aurat, mencuaikan solat, pembaziran dan sebagainya.

2. Raikanlah harijadi dengan tujuan mensyukuri nikmat Allah, memuhasabah diri dan melahirkan kegembiraan dan kasih sayang sesama anggota keluarga dan sahabat handai. Di sinilah terbinanya keharusan itu. Justeru itu, sekiranya kita mahu beroleh keberkatan semasa menyambut ulangtahun kelahiran ataupun perkahwinan wajarlah terlebih dahulu kita memahami dan menghayati syarat-syarat dan adab-adabnya.

3. Melahirkan rasa syukur dan rasa gembira sebagai tanda mensyukuri nikmat umur yang dikurniakan Allah. Firman Allah: “Dan terhadap nikmat Tuhan-Mu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutkannya (dengan bersyukur).” (Ad-Dhuha: 11). Doa-mendoakan antara satu sama lain, lebih-lebih lagi kepada sambutan harijadi seseorang.

4. Jamuan adalah sinonim dengan apa jua majlis dan sambutan. Menjamu makan dalam Islam adalah satu bentuk sedekah yang sangat digalakkan. Asalkan tidak membazir. Adalah dianjurkan kita menjemput golongan fakir dan miskin ke majlis kita. Sekiranya ada lebihan makanan, eloklah dibagi-bagikan kepada para tetamu sebagai buah tangan. Selain besar pahalanya, ia boleh menyuburkan lagi rasa kasih-sayang sesama keluarga dan sahabat handai.

5. Memberi hadiah juga adalah amalan yang sinonim dalam sambutan hari-hari sebegini. Amalan memberi hadiah ini juga dianjurkan oleh Islam kerana ia akan menimbulkan kemesraan dan suasana yang penuh mahabbah (kasih sayang). Hadiah yang diberikan tak semestinya besar dan mahal, tetapi ia akan menjadi tanda ingatan yang ikhlas, di samping menyumbang ke arah melahirkan masyarakat penyayang.

6. Muhasabah diri yang perlu dibuat khasnya pada sambutan ulang tahun ini, ialah dengan menginsafi masa atau umur yang telah berlalu. Renungkan, berapa banyakkah kebaikan amal soleh yang telah kita lakukan. Dan renung pula berapa banyak pula maksiat dan dosa yang telah kita lakukan selama ini.

7. Insan yang menyambut hari jadi itu elok juga pergi menziarahi kedua ibu bapanya (jika tidak lagi tinggal bersama dengan keduanya), kerana merekalah yang merupakan sebab musabab lahirnya dia ke dunia. Pada hari itu, si anak sepatutnya mengucapkan terima kasih dan menghadiahkan sesuatu pada ibu dan ayah mereka. Mudah-mudahan usianya terus diberkati.

Monday 24 September 2012

Awek 16 Tahun Hamil Ditinggalkan Kekasih Dan Diusir Keluarga

Assalamualaikum...

mimi bersama seorang rakan selepas ditemubual.

KULIM - Kerana ditipu kekasih, seorang remaja berusia 16 tahun kini terpaksa menanggung masalah dihadapi sendirian setelah doktor mengesahkannya hamil.

Lebih mengecewakan, kekasihnya berusia 17 tahun yang sebelum ini berjanji akan menikahinya bersikap lepas tangan dan menuduh anak dalam kandungannya itu milik orang lain.

Dia, yang hanya ingin dikenali sebagai Mimi berkata, kejadian berlaku di rumah teman lelakinya apabila kedua-dua mereka bertindak ponteng sekolah.

Katanya, memandangkan tidak ada wang dan tempat untuk pergi, teman lelakinya mempelawa balik ke rumahnya untuk berehat sehingga tamat waktu sekolah.

“Pada mulanya saya memang takut untuk melakukan hubungan seks dengan kekasih saya itu. Saya bimbang sekiranya mengandung, namun termakan dengan pujuk rayunya, saya bersetuju untuk melakukan perbuatan sumbang itu bersamanya.

“Sebagai pelajar sekolah, saya masih tidak tahu apa-apa tentang hamil, walaupun saya sudah tidak datang haid selama empat bulan. Sehinggalah pada bulan kelima, saya rasa seperti ada sesuatu bergerak dalam perut.

“Saya kemudiannya pergi ke klinik untuk menjalani ujian air kencing dan doktor mengesahkan saya hamil. Saya cuba hubungi kekasih saya itu tetapi dia sudah menukar nombor telefon,” katanya.

Memandangkan keadaan perutnya yang semakin membesar, Mimi kemudiannya memaklumkan kejadian yang berlaku kepada keluarganya.

Malangnya, keluarga mengusirnya keluar dari rumah kerana rasa terhina dengan perlakuannya. Mimi kemudiannya pergi berjumpa seorang rakan dan menceritakan masalah dialaminya. Kerana simpati, rakannya itu membenarkan Mimi tinggal di rumah sewanya sehinggalah dia bersalin.

“Ketika dalam pantang, saya didatangi sepasang suami isteri yang tidak mempunyai anak. Mereka meminta kebenaran untuk menjaga anak saya. Saya tidak ada pilihan lain selain menyerahkan bayi perempuan saya kepada mereka.

“Saya tidak berniat untuk menjualnya, tetapi kerana ketiadaan wang, saya terpaksa meminta RM1,500 daripada pasangan itu,” katanya.

Katanya, kerana cinta dia hilang keluarga, anak dan sekolah dan berharap golongan remaja lain menjadikan apa yang berlaku kepadanya sebagai iktibar.

“Kerana terlalu sayang seorang lelaki yang masih mentah dan terlalu taksub pada cinta, akhirnya saya tinggal berseorangan. Ingatlah usia muda hanya datang sekali dan jangan kita sia-siakannya,” katanya.
 

Sunday 23 September 2012

Celebrate My Birthday

Assalamualaikum...

haaa , taraaa ! simple aje kan..tak dek nak celebrate kat restoran mewah kew , hotel kew , cafe kew , tak dek tak dek ekk..menunya soto , ada agar2 bunga lagi tuh..kek tuh yg special , baru nak try..cheese kek yg sepatutnya berkawan dgn blueberry , aku gantikan dgn kiwi..nampak tak ? nampak tak ? saja nakkan kelainan..memandang feveret kaler ku yg green green gituh , maka ku pilih kiwi..

nie menu malam hari jumaat lalu , bos yg belanja..mabeles !! amat menyelerakan aku..tp syg , nasik sepinggan tu jew , siyes tak cukup..agak kebuluran aku time tuh , tambah pulak sedap..tengs to my boss..

Thursday 20 September 2012

Happy Birthday #ZulsyamimiNasuha#

Assalamualaikum...

haiii kawan kawan aku semua..sihatkah korang ? aku jugak yg tak sihat..harinie terpaksa mintak cuti kat bos , mlm tadi muntah berkali kali akibat batuk yg melarat (geli tekak)..harinie terasa amatlah letih..

harinie adalah hari khamis bertarikhkan 20 september 2012 bersamaan dgn hari kelahiranKu yg ke-21tahun sudaa..so , aku nak mintak present dr korang , hehe..gurau jew babe..terima kasih kpd yg mendoakan kesihatan utk aku di hari beranak aku yg kew 21 nie haa..terima kasih tak terhingga kpd kawan2 fesbuk dan kawan2 yg terdekat yg sentiasa ada depan mata aku , dan terima kasih jugak kpd my boss yg wish my befday..terharu sesangat ! (sambil tarik2 tisu kat kotak dan lap2 airmata dpn lappy) , hehe..terharu sgt taw ! aku tak pentingkan present dr sesapa , ucapan ikhlas korang tulah hadiah utk aku , aku perlukan doa doa dari korang utk aku teruskan liku liku kehidupan aku..itulah semangat aku , terima kasih tak terhingga utk korang..

nak celebrate befday ? kat mana ? yeahh , semestinya kat rumah jew..terima kasih kpd my mom , Noor Hashimah bt Hashim yg akan masak utk aku pada hari ahad nie..menu ape ? tak blh gitau lagi laa..aku akan jemput org yg terdekat dgn hati aku , huahuahua..tp camne kalau dorang tak dpt dtg ? sesungguhnya hati aku sedih sekali , tp kalau dorang ada perkara yg menghalang utk dtg kew rumahku , aku tak memaksa pun , redha jelah..

dah 21 tahun aku hidup di atas muka bumi ini..sudah meningkat dewasa dah aku nie kan..kawin dah blh kew ? aku hnya berserah pada Allah siapa yg akan menjadi kekasih halal aku dan bila aku akan terikat dgn pertalian perkahwinan ? hanya Dia yg tau..

pada hari kelahiran aku yg kew 21 tahun ini , maka aku berhajat akan menjadi yg terbaik dan terbaik lagi , insyaAllah..andai ada kesalahan dan kesilapan yg pernah aku buat , mintak maaf banyak2 ekk..aku hanya insan biasa yg tak terlepas dr membuat kesilapan..insyaAllah , aku akan memperbaiki hidup aku lagi lepas nie..dan aku berhajat , aku takkan tukar2 keje dah , akan setia kpd boss aku yg byk aku terhutang budi kat dorang..sayang sangat rasanya nak tinggalkan keluarga nie..

ehh ? banyaknya menaip kali nie ekk ? hehe..oke , pada hari ahad bertarikhkan 23 september 2012 , akan ku tempek gambar2 masa celebrate befday aku nanti yerk , nantikan entri aku coming soon :D

Tuesday 18 September 2012

Wajah Wanita Dalam Kes Mencampak Babynya

Assalamualaikum...


PETALING JAYA – Seorang wanita dipercayai ibu kepada bayi yang ditemui mati di Blok 1, Desa Mentari kelmarin ditahan reman sehingga 23 September ini bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, wanita berusia 21 tahun itu ditahan dalam rumah di situ dan dipercayai baru melahirkan bayi perempuan yang cukup sifat itu.
Menurutnya, suspek yang bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang tinggal bersama keluarganya.
“Siasatan awal mendapati suspek belum berkahwin dan keluarga tidak mengetahui mengenai kandungannya.
“Kita percaya bayi itu masih hidup sebelum dia dicampak dan meninggal dunia akibat cedera parah di kepala,” katanya.

Beliau berkata, bayi yang masih bertali pusat itu dicampak dari tingkat tiga melalui bahagian dapur rumah suspek.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi kelmarin, seorang penduduk terkejut apabila menemui mayat seorang bayi perempuan ketika sedang membaiki motosikal di kawasan tempat letak kereta pangsapuri terbabit.
Penduduk terbabit menyedari ada bunyi benda jatuh namun tidak menyangka ‘benda’ itu adalah bayi yang dicampak dari bangunan tempat tinggalnya.
Mayat bayi dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat dan siasatan dijalankan menjurus pelbagai aspek termasuk mengenal pasti motif sebenar kejadian. – SinarHarian

Hurmmm , aku tak berani berkata apa apa..yg blh aku berkata ialah aku terlalu kecewa dgn sikap manusia camnie..aku nie tengok anak kucing mati kena langgar pun dah bergelinang air mata , apatah lagi baby yg dicampak..andai terdesak sekalipun , hantar la senyap2 kat depan rumah rumah kebajikan kew..nie tak , salah 1 jln yg terbaik sekali ialah mencampak baby ?? dimanakah sikap belas ihsan korang ? hurmmmmm :'(

Monday 17 September 2012

Tips : Hargailah Si Dia Selagi Dia Memerlukan Kita

Assalamualaikum...

Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

*** Begitulah juga ......... Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang.... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

*** Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.
 
*** Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain , Kamu juga yang akan MENYESAL...

Sunday 16 September 2012

Anak Aku Disahkan Buta Sebelah Mata

Assalamualaikum...

huwwaaaaa !! :'( seddih dan kecewa aku..terjadi masa kat jamuan hari tu (jumaat)..diperlakukan oleh anak anak buah bos aku..dorang belasah2nya anak aku sampai tercabut matanya..grrrrrrr , sakitnya la hati tak terkata..

bos aku tanya sapa yg buat mata bear aku sampai tercabut..pakat belaka mengelak nak mengaku..blh pulak dorang ckp "mata bear tu mmg dah longgar pun"..cisssss , berani kau tipu aku yer..

aku nie tiap2 hari duk ngadap bear aku nak tengok ada apa yg tak kena (terkoyak,tercabut,terlonggar dan sebagainya)..pada hari kejadian tu , mata bear aku tak dek cacat celanya , molek semoleknya !! grrrr~  (*_____*)

eeeee , geramnya aku ! ada 1 perkara yg aku sembunyikan drpd sesiapa , apa yg telah budak2 tu buat..nasib baik tak rosak..hishhh , tensyennya la aku time tuh..sabar jelah

nasib baik kwn sekerja aku jumpa mata bear tu kat dlm bilik stor..bear aku kat bilik sembahyang , matanya kat bilik stor , hishhh3..mujur tak hilang , masih lagi kesalahan yg blh dimaafkan..kalau hilang ?? wallahualam..

Kek Gergasi Ruszqi Food

Assalamualaikum...

taraaaa !! haa , akhirnya tercapai jugak hasrat bos aku nie nak buat kek sebesar alam , haaa..
tengok muka dye , puas hati atau masih memikirkan hal lain ?? macam tak puas hati lagi kan , siap bercekak pinggang sebelah , nasib baik bukan dua belah..aku pulak yg pening pale kang tengok dye , hehe..

dye duk sibuk tak tenang memikirkan suasana majlis sama ada berjalan dgn lancar atau kucar kacir..Alhamdulillah suasana kucar kacir berjalan dgn lancar sekali.cer tengok tang perut , tu tandanya dye begitu puas hati , hehe..


warga warga kerja yg sedang leka bertungkus lumus membuat kerja..

aku dlm penyediaan membuat cheese tart blueberry..Alhamdulillah semuanya berjalan dgn lancar..
 hasilnya !! tarraaa !! sape yg buat ?? aku jugak , hehe..mabelesss !!

perkarangan majlis dpn kedai Ruszqi Cake & Bakery..

menghasilkan kek sebesar ini makan masa utk siap dari maghrib sehingga pukul 3 pagi , kitorang tido kat kedai 2 malam..penat tapi seronok dan puas hati sbb majlis berjalan dgn sempurna sekali..tp aku yg tak puas hati sbb anak aku buta sebelah mata , blk rumah menangis tak terkata (tunggu next entri)

tulisan kat kek tak nampak ekk , aku taip pulak kat sini..
Majlis Pembukaan Kedai R.Food Dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2012..

tumpang menyelit ehh , nak glamour gak , bkn boss jew glamour..hehe..muka letih2 belaka..

***kenangan 14 september 2012 (jumaat)..

Monday 10 September 2012

Tuesday 4 September 2012

Happy Birthday KawanKu

Assalamualaikum...

Taraaaa !! alolo , mentang befday dye , comey sokmo ! ehehe..nie la kaklong kek..befday dye 23 OGOS taw , tapi aku bg hadiah 31 ogos , ehehe..takpe , dye pun ckp blh diampunkan..

tgok , siap tayang lagi hadiah aku bg , tp dilarang sekeras kerasnya kalau nak tayang ape kat dlm kotak tuh..hishh , dye jew yg tau ape hadiah dye dpt , korang tak blh tau , haha ! harga ? hurmmm , pasal harga aku sikit pun tak berkira , asalkan ikhlas , kann ? ^_^

dye la kwn yg pling aku rapat drpd kwn2 yg lain..smoga persahabatan nie terjalin dgn lamanya , ehehe..dye sama nasib ngn aku , abah dah tak dek , adik beradik sama ngn aku 3 beradik jew , kami anak yg sulung , mak pulak sama kejanya sebagai tukang jahit..

mmg aku suka berkepit ngan dye , ehehe..kalau dye tak dek , aku nak nangis , huwwaaaa !

bubye kaklong ku ! selamat hari beranak yg kew 26 tahun dah pun..aku ? nanti 20 september genap la aku berumur 21 tahun , hehe..

Happy Anniversary To MyBoss

Assalamualaikum...

haluuuu korang ! lama tak update kann ? dah masuk bln september pun kan..september ialah bln aku ! bln aku ialah september ! mengapa dan kenapa ? sbb aku beranak bln september , ehehe..

oke , memandangkan aku lmbat update blog , so aku nak tempek jgk la entri berkisahkan hari ulangtahun perkahwinan bos aku bertarikhkan 31 OGOS 2012 yg lalu , 4 september baru nak update , hehe..takpe , bos aku ckp blh diampunkan :D

haaa , mesti korang tertanya tanya aku bg apa kat bos aku kan ? tulisan nie tempek kat papan kek jew , ehehe..tak blh tempek kat tempat yg aku bg hadiah tuh..nak tau ape ? MASUK SINI !

haaa , tau kan ? ikhlas dari hati taw nak bg bos rasa , walaupun hadiah cam simple2 jew (puding roti jew pun) , tp yg membezakan bila nak menyediakannya tu ialah penuh dgn keikhlasan , sbb aku buat puding nie aku rasa happy sgt ! tp rasa ? tak tau la pada pendapat bos aku kan..da yg tu jew aku mampu bg..

oppss , lupa pulak nak snap gambar puding roti yg aku buat utk anniversary dorang..baru jew ingat nak snap , dorang da ngap aku punya puding tu , ehehe..alaa , tak beza pun puding roti yg aku suruh korang masuk link td tuh..aku cuma olah drpd letak kismis , aku tukar kpd coklat chip dan aku buat tak berapa nak pekat kuahnya mcm aku buat kali pertama hari tu..haa , tu jew , hehe..

happy anniversary kpd bos aku Abg Fitri dan jugak Kak Ibah yg kew 13 tahun da pun..
semoga kekal hingga ke syurga hendakNya ^_^