Jom Santai Bersama Ben Ashaari !!

entri terbaru

Tuesday, 18 September 2012

Wajah Wanita Dalam Kes Mencampak Babynya

Assalamualaikum...


PETALING JAYA – Seorang wanita dipercayai ibu kepada bayi yang ditemui mati di Blok 1, Desa Mentari kelmarin ditahan reman sehingga 23 September ini bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, wanita berusia 21 tahun itu ditahan dalam rumah di situ dan dipercayai baru melahirkan bayi perempuan yang cukup sifat itu.
Menurutnya, suspek yang bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang tinggal bersama keluarganya.
“Siasatan awal mendapati suspek belum berkahwin dan keluarga tidak mengetahui mengenai kandungannya.
“Kita percaya bayi itu masih hidup sebelum dia dicampak dan meninggal dunia akibat cedera parah di kepala,” katanya.

Beliau berkata, bayi yang masih bertali pusat itu dicampak dari tingkat tiga melalui bahagian dapur rumah suspek.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi kelmarin, seorang penduduk terkejut apabila menemui mayat seorang bayi perempuan ketika sedang membaiki motosikal di kawasan tempat letak kereta pangsapuri terbabit.
Penduduk terbabit menyedari ada bunyi benda jatuh namun tidak menyangka ‘benda’ itu adalah bayi yang dicampak dari bangunan tempat tinggalnya.
Mayat bayi dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat dan siasatan dijalankan menjurus pelbagai aspek termasuk mengenal pasti motif sebenar kejadian. – SinarHarian

Hurmmm , aku tak berani berkata apa apa..yg blh aku berkata ialah aku terlalu kecewa dgn sikap manusia camnie..aku nie tengok anak kucing mati kena langgar pun dah bergelinang air mata , apatah lagi baby yg dicampak..andai terdesak sekalipun , hantar la senyap2 kat depan rumah rumah kebajikan kew..nie tak , salah 1 jln yg terbaik sekali ialah mencampak baby ?? dimanakah sikap belas ihsan korang ? hurmmmmm :'(

No comments: