Jom Santai Bersama Ben Ashaari !!

entri terbaru

Sunday 28 April 2013

Tips : 10 sifat perempuan yang dibenci lelaki

10 Sifat Yang Di Benci!

Pernah tak kamu mengalami situasi macam ni ? Memang benar! Lelaki tidak selesa jika pasangannya terlampau melebihi batas. Bila tidak selesa, mulalah mereka pasang dua! Jadi jom pelajari 10 sifat perempuan yang di benci oleh lelaki

1) TERLALU MENGADA-NGADA
Kalau manja tu boleh terima lagi, tetapi kalau dah boleh di gelar ‘mengada-ngada’ jangan kata lelaki agak-agaknya kawan di sekeliling kamu pun akan muak dengan sifat mu itu!

2) SUKA MENGAWAL KEADAAN
Ada sahaja yang tak kena, itu tak boleh ini tak boleh, arghhhh rimasnya! Sejujurnya lelaki paling rimas dengan perempuan yang suka mengawal keadaan kerana keegoaan seorang lelaki akan tercabar bila ada pihak lain yang cuba menjadi ‘lelaki’ selain dari dirinya.

3) SUKA MEMAKSA DAN MENDESAK
“Hahhh elok lah tu tak nak approve relationship kat facebook! Hahh takut kantoi lah kan! Takut hilang market kan?!”. Mungkin bagi kamu ia PERLU, tetapi tidak bagi lelaki. Bagi mereka banyak lagi pekara yang penting untuk di lakukan selain daripada approve status kamu berdua di facebook. Lagi pun tidak semestinya jika si dia tidak approve permohonan kamu itu bermakna si dia memang tidak mahu semua orang tahu tentang kehadiran kamu. Mungkin si dia segan jika ibubapanya melihat statusnya di facebook. Jadi jangan terlalu suka memaksa dan mendesak!

4) SIKIT-SIKIT MENGUGUT
Bila bergaduh, ada sahaja yang di ugutnya. Nak putuskan hubungan lah, nak telan pil lah ini lah itu lah mungkin bagi setengah perempuan ia seakan ‘umpan’ tetapi percaya lah bagi lelaki ia adalah nightmare dalam hidupnya

5) BANYAK MUSUH & SUKA BERGADUH
Lelaki  paling menyampah dengan perempuan yang suka bergaduh dan mengumpul musuh. Bagi mereka, perempuan seperti ini tidak layak untuk di gelar isteri.

6) MEMBOSANKAN
Pernah dengar perkataangirls just wanna have fun ? hahhhhh jangan salah sangka! Bukan perempuan sahaja yang nak have fun! Lelaki pun macam tu juga. Jadi mereka memang suka berdamping dengan perempuan yang pandai berseronok dan menghiburkan hatinya. Oleh itu, jangan salahkannya jika satu hari nanti si dia akan melepaskan kamu hanya kerana kamu sangat membosankan.

7) GOLONGAN PISAU CUKUR
Tidak di nafikan, lebih cool jika lelaki yang belanja makan, menonton wayang, dan penuhi apa sahaja keinginan mu, tetapi kalau sampai kamu minta seutas jam mahal yang beharga RM100 keatas itu bukan cool namanya, itu dah mengambil kesempatan! Silap-silap ada yang di panggil pisau cukur!

8) MUDAH MENANGIS
‘Air mata’ seorang perempuan adalah senjata yang paling utama untuk melemahkan seorang lelaki, namun jika sering di gunakan siapa yang tahan. Lelaki memang tak suka seorang perempuan yang berhati ‘tisu’, bagi mereka perempuan seperti ini terlalu lemah dan mengada-ngada! Mereka lebih gemarkan perempuan yang kuat dan tabah!

9) TERLAMPAU CEREWET DAN MEMILIH
Amboiii bukan main demand lagi ya kamu! Nak makan di tempat mahal sahaja. Jangan begitu, ada sesetengah lelaki yang tidak gemar pasangannya yang terlampau cerewat dan memilih. Tiada salahnya jika sekali-sekala kamu berdua makan di tempat-tempat biasa.

10) SELEKEH
Macam mana cantik sekali pun muka kalau selekeh lelaki memang tidak suka. Ia menggambarkan kamu seorang yang tidak mementingkan kebersihan. Mereka akan mengandaikan kamu seorang yang pengotor! Memalukan bukan ? jadi ubah penampilan mu, biar nampak  simple dan biasa tetapi jangan sampai selekeh.

3 comments:

Unknown said...

good advice girls ! tadi blogwalking terjumpa topik nih pulak menarik hehe :)

suria lekatlekit said...

berserderhanalah.. Insya Allah lelaki pun tak rimas

Anonymous said...

no.2,3,5,6,8,9
6 dari 10 sifat dibenci lelaki tu ade pd diri sye.. mcm mane nih.. sye nk berubah, tp susah sgt2, wlau pon da cuba byk2 kali..
org senang la nk ckp, tp ramai yg xtau ape perempuan mcm sye ni rse..
klau semua da benci kn kte, kte akan rse xpayah berubah lg bagus.. sbb bila kte berubah mereka yg baik2 tu pula yg mengungkit