Jom Santai Bersama Ben Ashaari !!

entri terbaru

Showing posts with label apakah tajuk entri ini?sila rujuk di atas ^_^. Show all posts
Showing posts with label apakah tajuk entri ini?sila rujuk di atas ^_^. Show all posts

Sunday, 15 September 2013

Berkhidmat untuk Petronas

Semua staff dapat baju baru ni untuk dipakai setiap hari rabu .

Huhu , post gambar sendiri dulu baru taip entri , hehe . Inilah aku yang telah berkhidmat untuk Petronas . Hari ni hari ahad , esok genap seminggu aku keja kat petronas ni . Aku mintak jawatan cashier . Dalam masa seminggu ni macam2 dugaan bila menghadap macam2 perangai customer dan sabar dengan tengkingan senior2 aku yang masing2 dah berkhidmat selama bertahun-tahun kat sini . Tapi aku jadi 'hati kering' sebab 2 hari sebelum aku masuk keja , aku tergerak hati nak tanya member aku yang pernah keja situ 4 tahun yang lepas . Sekarang dia dah kawin dan menetap kat Sarawak .

Macam2 dia bagi nasihat dan macam2 jugak la dia citer pasal perangai senior2 yang keja kat situ . Tu pasal aku dah bersedia bila masuk keja sebab kita dah dengar citer sebelum masuk keja kan . Aku berdoa sangat2 dibekalkan kesabaran yang menebal dalam jiwa aku dan mintak sangat dibutakan hati , dipekakkan telinga dengan perkara2 yang boleh melemahkan jiwa aku . Hanya Allah yang tau niat aku .

Sekarang yang buat aku tensyen ialah jadi cashier ! Mungkin orang lain kalau dah pandai cashier , pada dorang tak dek hal la kan . Macam aku jugak , aku dah reti serba sedikit pasal sistem komputer cashier ni . Cuma masalah aku dari dulu lagi , aku tak boleh berada dalam situasi kelam kabut dan terlalu ramai orang . Konfem aku akan buat salah ! bukan sebab aku masih baru tapi sebab aku kalah bila nampak orang ramai , darah gemuruh der .

Masa aku keja dekat kedai kek dulu pun , dekat setahun aku keja . Aku memang ada belajar cashier kat situ . Senang sangat tapi tulah dekat setahun tu keja tapi still tak boleh berhadapan dengan customer yang ramai , terus aku lari kat belakang sambung keja aku sendiri , hehe .

Dorang mesti cakap 'ala , biasa la mula2 memang la' , 'ala , baca je bismillah . istighfar banyak' . Selalu sangat aku dapat nasihat sebegitu tapi tak berjaya pun . Memang aku selalu banyak2kan bismillah dan istighfar bila nak mula keja . Kalau boleh aku nak baca Yasin sekali kat situ untuk hilangkan darah gemuruh aku ni .Hurmm sedih betul la .

Tapi aku tamo dah benti2 keja ni , aku nak lama kat situ selagi aku tak kawin lagi , hehe . Andaikata aku tak boleh bawak jawatan cashier ni , aku plan nak tukar jawatan sebagai Krew Mesra pulak . keja dia menyapu , mengemop , susun2 barang , buat waffle dan jagung bila customer nak . Kira buat keja kat dalam kedai tu jugak la . Aku suka keja yang menggerakkan badan aku , boleh kurus sikit , hehe . Sesuai la dengan keadaan dalam kedai yang ada ekon tu haa . Mau keras aku duduk kat dalam kaunter cashier tu haa . Aku plan nak try sebulan dulu cashier ni .


Saturday, 24 August 2013

Malaikat di pintu




 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgkAz9ItWQeHZMBjGciH9Ap7Ma3NaxwfWK11BWAS0eAcyTaI4d9ryzJVbdXqLFMDc0VBiuVaTt8sYuQq9Y-nYvENaNw7bHgt3R2ttou3ZQH5wcmLWGMpFsDylX6XPIS8Nup7xmBgTyD7NU/s1600/9412571244_bbafb1a4ed_o.jpg



Aku tak boleh tengok orang niaya anak yatim piatu ni . nak menangis rasanya , hurrmmm . tengok aje cerita ni sampai habis . sinopsis cerita nie ,

Ridwan sebelum ini dibesarkan di rumah anak yatim. Namun kini ibu saudaranya, Zai akan mengambil Ridwan untuk dijaga. Walaupun sudah beberapa tahun berkahwin, namun Zai dan Mus tidak dikurniakan anak.
Mus kurang senang dengan kehadiran Ridwan namun dia mengikut sahaja permintaan isterinya kerana tidak mahu bertelagah. Walaupun Ridwan merupakan seorang anak yang baik dan patuh pada kata, Mus tetap tidak senang kerana baginya Ridwan merupakan orang luar.

Zai mula berbincang dengan Ummi untuk menghantar Ridwan semula ke rumah anak yatim selepas hari raya nanti akibat desakan Mus. Sepanjang Zai di tempat kerja, Ridwan dibiarkan sendirian di rumah sehingga dia bertemu rakan baru iaitu Alif.

Mereka berdua mendapat idea untuk mengumpul duit dengan melakukan perkhidmatan seperti membersihkan halaman rumah, mengutip botol, plastik dan surat khabar lama. Pada sebelah malam pula, mereka menjual bunga api dan mercun ‘pop pop’.

Suatu hari, selepas membersihkan halaman Cik Munah, Ridwan dan Alif memberanikan diri pergi ke sebuah rumah yang tidak mereka kenali. Sejurus tiba di rumah tersebut, Ridwan memberanikan diri membuka pintu.

Tiba-tiba mereka ternampak kelibat seseorang yang menakutkan. Sebelum mereka sempat melarikan diri, mereka telah ditangkap penghuni rumah tersebut iaitu Tok Bad.



Monday, 8 July 2013

Resepi : Kek butter


Hai korang..bertemu lagi kita dalam segmen resepi , ewwahh..kepada yang teringin nak mencuba buat kek butter , nie salah satu resepinya..nie kali ke-2 aku buat kek butter..kek yang pertama tu bercorak2 sikit , SINI..yang nie kosong je..malas nak berkaler2 bagai..

Kebiasaannya kalau aku nak buat apa2 aku akan kecoh dekat family aku..tapi kali nie angin takde , ribut takde , tiba2 aku ajak mak aku pegi beli barang untuk buat kek nie pagi tadi..yelah kan , lusa ramadhan sudah menjelmakan dirinya..pesyen aku nie selagi aku tak dapat hasil apa yang aku nak buat , selagi tu jwa aku tak tenteram..kalau dah puasa macam mana nak buat ? masa tu vitamin M aku overdose..maka , petang tadi terhasil la kek butter nie yang mudah je nak buatnya..

Haa , memandangkan aku takde mood nak taip banyak2 dengan pelbagai halangan dan rintangan , maka aku snap gambar resepi untuk dikongsi dengan korang , hikhik..bukan tak ikhlas ye cuma ketiadaan mood..kalau tak ikhlas aku tak ingin pun nak kongsi resepi nie ngan korang tau , hehe..harap2 nampak la ye dengan mata kasar korang dengan jelas..

Resepi nie untuk yang banyak kuantitinya tau..kek yang pertama dulu aku ikut bulat2 resepi nie..kali nie ada la sikit2 aku olah sendiri..kalau korang nak buat untuk family korang je , resepi nie korang bahagi 2 , dapat dalam 2 loyang..kek yang pertama dulu dapat 4 loyang ikut resepi nie tau..memang banyak , boleh buat stok seminggu dan boleh bagi kat jiran2 lagi..tu pasal aku suggest kat korang bahagi 2 la ye..melainkan nak buat banyak tu boleh la bulat2 je ikut resepi nie..kek yang pertama dulu aku tak asing pun putih dengan kuning telur tu..kali nie aku asing untuk menggebukan kek tu dengan menggunakan meringue ..memang gebu daripada kek yang pertama dulu..

ok korang , selamat mencuba dan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak..

Wednesday, 3 July 2013

Contoh surat rasmi permohonan utk berpoligami

Bila aku baca surat nie membuatkan aku sengih sorang2..Surat nie bukannya betul2 pun..tapi tak tau la kan kot2 bila ade org dah baca surat nie , dia teringin nak bagi surat nie kat isteri dia utk memulakan bicara , tak mustahil , haha..aku copy paste je nie dari blog abg BEN ASHAARI.. 

Contoh surat rasmi utk tambah kuota


Md. Ali bin Abd. Aziz
Lot 1a2 Jalan TPS 1/5
Kg Padang Sebang, 78000
Alor Gajah, Melaka.

Norihah binti Ali
Lot 1279, Jalan TPS 1/5
Kg Padang Sebang,
30.6.2013


Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan? 

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"

Yang Ikhlas Memohon,

Suamimu...

Apabila surat permohonan dibalas ;


Norihah binti Ali
Lot 1279, Jalan TPS 1/5
Kg Padang Sebang,

Md. Ali bin Abd. Aziz
Lot 1a2 Jalan TPS 1/5
Kg Padang Sebang, 78000
Alor Gajah, Melaka.



PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI



Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Terima kasih kerana telah memaklumkan saya tentang calon ke dua yang bakal mengisi kekosongan jawatan sebagai isteri nombor 2 kanda. Ermm… Cik Hana Fazura binti Ramli ya namanya ? Sedap sungguh nama itu kanda. Ohh…saya pasti dia memang menunjukkan komitmen yang baik di pejabat . Maklumlah kejab lagi jawatannya semakin tinggi kan ?? Dulu saya pun bekas setiausaha kanda juga dan kanda kata taraf saya akan naik lebih tinggi setelah bergelar isteri. Tapi macam biasalah baru kawin memang kanda cakap saya ‘ cute ‘ dah lama kanda cakap eh..eh..saya ‘ comot ‘ pulak. Tak apa …jangan risau Cik Hana Fazura akan melalui frasa yang sama seperti yang saya tempuhi nanti , bila ada permohonan ke 3 dan ke 4 yang bakal menyusul. Kita tengok nanti surat jawapannya macam mana pulak kan ??

3. Saya memang tiada sebarang halangan untuk kekanda berkahwin lagi, maklumlah poket kanda sekarang ni tengah tebal, tentulah jalan pun tak pijak bumi. Tapi seingat sayalah poket kanda memang semanjang menipis sejak dari azali. Jangan lupa kanda, duit ASB tu saya yang masukkan ke dalam akaun kanda setiap bulan setelah menyisihkan sedikit dari duit belanja bulanan yang kanda biasanya bagi hanya seciput. Kanda tak rasa kejam ker ? Ehh…memang tak rasa kut sebab biasanya orang lelaki memang suka jalan dengan mata terpejam. Kecuali nampak perempuan bogel …sakit terbaring pun boleh bangun - yer tak kanda ? Kusss semangat. Gagah Ali, gagah Musa, masa menghabiskan duit memang tak terasa !

4. Saya faham kanda memang pemurah sebab itu semuanya kanda nak sedekahkan..betul tak ? Insyallah orang pemurah resekinya akan bertambah.Jangan risau cukup masa Cik Hana Fazura pun akan menjadi ‘gedabak’ seperti saya dan saya kira waktu tu permohonan ke tiga bakal menyusul kalau pun tak serentak dengan permohonan ke empat. Mungkin saya akan tetap begini juga dari saiz kerana saya dah kebal tapi Cik Hana ??? Mungkin potongannya boleh jadi guitar semula kut.

5. Bab waktu kerja yang lebih menguntungkan ni memang saya suka . Saya tak ada halangan di bahagian ini. Kanda ingat seronok ke saya asyik buat air Nescafe untuk kanda 8 hingga 14 cawan setiap hari terutamanya waktu hujung minggu. Nescare tu bagus ke untuk diminum selalu ? Lenguh tau tangan asyik bancuh air ! Tak pe, tak pe, biarlah orang gaji baru tu buatkan untuk kanda semantara waktu ni. Sampai masa nanti dia pun bosan juga buat air untuk orang yang tak berhenti haus ni . Wek !!

6. Jangan risau, permohonan kanda memang telah melalui procedure yang betul.Saya jamin tiadk akan ada periuk dan pinggan yang melayang. Sebab semua periuk dan pinggan yang saya beli jenis mahal. Nak buat apa saya pecahkan untuk kanda ? Lagi pun bukan kanda yang belikan pekakas tu untuk saya selama ini kan ?? Saya beli sendiri – guna duit saya sendiri. Apa ke hal nak pecahkan untuk kanda pulak ? Ehh saya masih waras. Tidak akan saya menjatuhkan air muka saya sendiri semata-mata kanda nak kan Cik Hana Fazura tu. Sebaliknya saya kan sambut dia dengan semangat kasih sayang dan persaudaraan seperti yang kanda inginkan. Tapi ingat kanda – 3 malam dengan dia, 4 malam dengan dinda. Kalau tidak ????? Siap kanda !!

7. Untuk makluman kanda juga adinda memang telah meluluskan permohonan ini. Surat izin nikah pun dah dinda sign dah sudah pun diletak di atas meja. Maklumlah kalau dinda tak sign pun tak guna, kerana kita sama-sama boleh tiru tanda tangan masing-masingkan ??? Belailah selagi larat. Usia kita dah meningkat, sama-sama semakin tua. Esok lusa bila Cik Hana Fazura dah penat…kanda cari saya juga kan ?

Time tu kanda jangan lupa, ada lori ada bas, salah masuk… memang saya tebas ! Jaga-jaga ya kanda.

8. Akhir kata, saya doakan semoga kanda masih boleh menjadi suami mithali kepada kami tapi please la..dont take everything for granted sebab saya takut kanda terlupa harimau yang kanda bela ni sebenarnya terdiri dari keluarga kucing. Kadang dia manja, kadang dia bermain di celah kaki, tapi sesekali kukunya mencakar…..stand by minyak gamat ya kanda.

Yang ikhlas

Isteri mithali mu yang bakal dapat payung emas.

Tuesday, 2 July 2013

Resepi : Ayam goreng berempah


Hihi , tetiba mud nak buat ayam goreng berempah..rupanya senang ajo..gambar ke 2 tu bahan2 basic dia je..kalau nak tambah apa2 ikut suka hati la contohnya letak madu ke , lada sulah ke , lada hitam ke , terpulang la..macam aku nie cuma tambah tepung goreng ayam Kentucky sikit..cumanya dlm gambar tu aku lupa nak letak kunyit dan bawang besar dan bawang putih..aku suka pakai kunyit hidup..

Bahan2 tu aku main tembak je sukatannya..bila blender rupanya banyak lagi ayam yang boleh dimasukkan dalam 5 ketul lagi..so , aku simpan jela bahan kisar tu untuk dibuat stok akan datang , hehe..senang sikit buat lebih dan simpan je dalam peti buat stok..nanti nak pakai just perap aje..

Bahan dalam gambar ;
  • ayam
  • serai
  • halia
  • lengkuas
  • jintan manis
  • jintan putih
  • serbuk cili
  • serbuk kari daging
  • ketumbar
Bahan yang tak ada dalam gambar ;
  • bawang besar
  • bawang putih
  • kunyit hidup
Blend je bahan2 tu..pastu perap je dengan ayam , jangan pulak lupa letak garam dan gula/madu sikit..goreng sehingga kuning keemasan dan siap dihidangkan..mabelesssss !!

Saturday, 29 June 2013

Tips : Pegaga rawat keputihan

Pegaga mampu hilangkan keputihan



Bagi wanita yang belum berkahwin , pengeluaran keputihan menimbulkan persoalan sama ada mereka menghidap penyakit yang mengancam kesuburan mereka pada masa hadapan kelak.. Pengeluaran lendir keputihan dari kemaluan tidak semestinya menandakan penyakit..Di sebaliknya ini mungkin tanda seperkara yang biasa sahaja..Mejoriti kaum wanita tak boleh lari dari keputihan yang tidak menyenangkan..Tapi apabila dibiarkan tanpa merawat , akan menjadi lebih teruk lagi..
 
Wanita yang mengalami masalah keputihan disarankan mencuba petua ini..


  • Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya. 
  • Cuci bersih kemudian rebus dalam periuk.
  • Setelah mendidih, campurkan sedikit garam. Biarkan suam.
  • Air rebusan ini digunakan untuk mencuci bahagian intim wanita.Lakukan tiga kali seminggu.

Monday, 27 May 2013

Tips : Fakta tentang pasangan kita


Fakta pasangan kita!
Perwatakan seseorang itu memang sukar untuk di ramal, tetapi jom baca 5 fakta tentang pasangan kita yang jarang kita ketahui.

FAKTA TENTANG LELAKI
  • Apabila lelaki bercakap “ermmm..tengoklah dulu” itu bermaksud si dia kurang setuju dengan pendapat kamu ataupun si dia memang bermaksud “tidak!”..
  • Lelaki tidak boleh belajar tentang perempuan dari internet mahupun buku..Oleh sebab itu, mereka selalu keliru dengan sikap perempuan atau tidak faham mengapa perempuan bersikap begitu dan begini..
  • Lelaki tidak suka gadis yang terlalu suka bersosial sehingga tiada batasan lagi dalam pergaulannya..
  • Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang di rasakan oleh seorang perempuan..
  • Semestinya lelaki juga akan bersedih jika sesebuah hubungan terputus di tengah jalan..Bezanya dengan kaum hawa mereka tidak menunjukan kesedihan di hadapan orang ramai sahaja..

FAKTA TENTANG PEREMPUAN
  • Perempuan suka berpura-pura seperti mereka seorang yang sukar untuk di fahami..Namun hakikatnya dalam hati, mereka berharap agar mereka dapat di fahami oleh kaum lelaki..
  • Bila si dia tidak ambil peduli di mana kamu berada,  dengan siapa kamu bersama, atau apa sahaja tentang kamu itu bermakna kamu tidak lagi dalam fikirannya..
  • Sekirannya dia mula berkata “kenapalah dari dulu lagi kita tidak bertemu” itu bermakna kamu lah satu-satunya calon yang paling sesuai untuknya dan si dia betul-betul menghargai kehadiran kamu..
  • Siapa kata perempuan mudah tertarik dengan kekacakan lelaki sahaja ? Sebenarnya, mereka lebih tertarik dengan lelaki yang kelakar dan ambil berat tentang dirinya..
  • Mereka cukup pantang bila si kekasih hati menghilangkan diri bukan kerana ‘queen control’ tetapi bagi mereka adalah satu keperluan untuk mereka tau di mana pasangan mereka berada..

Sunday, 26 May 2013

Selamat pengantin baru buat Ustaz Azhar Idrus


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiUlp5Jr0z3rZbDgXCM22KZ9jasIwboOSo8kNGEMz2wDVrMwFgUCskdSqH5fBtYQe7Vv28MZNR6YNAA8YpuPlUkqYADGnQj9D_CDryweNzur21lj3BVn18og81jtnQrTSj3jbiiHs_QLENh/s640/snap00830.png

Wwaa hebat la UAI nie tambah utk kuota no 3 , tak dek sorok2 pun..hehe..apapun tahniah buat UAI yg baru diijabkabulkan dengan anak saudara Tuan Haji Omar bin Tahar , Ketua Cawangan Keramat Permai AU 1 , Hulu Klang , Gombak..

Nanti akan dtg cukup kuota sampai 4 ek , nie baru no 3..hihi..semoga berbahagia hendakNya , aminn..

Sunday, 28 April 2013

Tips : 10 sifat perempuan yang dibenci lelaki

10 Sifat Yang Di Benci!

Pernah tak kamu mengalami situasi macam ni ? Memang benar! Lelaki tidak selesa jika pasangannya terlampau melebihi batas. Bila tidak selesa, mulalah mereka pasang dua! Jadi jom pelajari 10 sifat perempuan yang di benci oleh lelaki

1) TERLALU MENGADA-NGADA
Kalau manja tu boleh terima lagi, tetapi kalau dah boleh di gelar ‘mengada-ngada’ jangan kata lelaki agak-agaknya kawan di sekeliling kamu pun akan muak dengan sifat mu itu!

2) SUKA MENGAWAL KEADAAN
Ada sahaja yang tak kena, itu tak boleh ini tak boleh, arghhhh rimasnya! Sejujurnya lelaki paling rimas dengan perempuan yang suka mengawal keadaan kerana keegoaan seorang lelaki akan tercabar bila ada pihak lain yang cuba menjadi ‘lelaki’ selain dari dirinya.

3) SUKA MEMAKSA DAN MENDESAK
“Hahhh elok lah tu tak nak approve relationship kat facebook! Hahh takut kantoi lah kan! Takut hilang market kan?!”. Mungkin bagi kamu ia PERLU, tetapi tidak bagi lelaki. Bagi mereka banyak lagi pekara yang penting untuk di lakukan selain daripada approve status kamu berdua di facebook. Lagi pun tidak semestinya jika si dia tidak approve permohonan kamu itu bermakna si dia memang tidak mahu semua orang tahu tentang kehadiran kamu. Mungkin si dia segan jika ibubapanya melihat statusnya di facebook. Jadi jangan terlalu suka memaksa dan mendesak!

4) SIKIT-SIKIT MENGUGUT
Bila bergaduh, ada sahaja yang di ugutnya. Nak putuskan hubungan lah, nak telan pil lah ini lah itu lah mungkin bagi setengah perempuan ia seakan ‘umpan’ tetapi percaya lah bagi lelaki ia adalah nightmare dalam hidupnya

5) BANYAK MUSUH & SUKA BERGADUH
Lelaki  paling menyampah dengan perempuan yang suka bergaduh dan mengumpul musuh. Bagi mereka, perempuan seperti ini tidak layak untuk di gelar isteri.

6) MEMBOSANKAN
Pernah dengar perkataangirls just wanna have fun ? hahhhhh jangan salah sangka! Bukan perempuan sahaja yang nak have fun! Lelaki pun macam tu juga. Jadi mereka memang suka berdamping dengan perempuan yang pandai berseronok dan menghiburkan hatinya. Oleh itu, jangan salahkannya jika satu hari nanti si dia akan melepaskan kamu hanya kerana kamu sangat membosankan.

7) GOLONGAN PISAU CUKUR
Tidak di nafikan, lebih cool jika lelaki yang belanja makan, menonton wayang, dan penuhi apa sahaja keinginan mu, tetapi kalau sampai kamu minta seutas jam mahal yang beharga RM100 keatas itu bukan cool namanya, itu dah mengambil kesempatan! Silap-silap ada yang di panggil pisau cukur!

8) MUDAH MENANGIS
‘Air mata’ seorang perempuan adalah senjata yang paling utama untuk melemahkan seorang lelaki, namun jika sering di gunakan siapa yang tahan. Lelaki memang tak suka seorang perempuan yang berhati ‘tisu’, bagi mereka perempuan seperti ini terlalu lemah dan mengada-ngada! Mereka lebih gemarkan perempuan yang kuat dan tabah!

9) TERLAMPAU CEREWET DAN MEMILIH
Amboiii bukan main demand lagi ya kamu! Nak makan di tempat mahal sahaja. Jangan begitu, ada sesetengah lelaki yang tidak gemar pasangannya yang terlampau cerewat dan memilih. Tiada salahnya jika sekali-sekala kamu berdua makan di tempat-tempat biasa.

10) SELEKEH
Macam mana cantik sekali pun muka kalau selekeh lelaki memang tidak suka. Ia menggambarkan kamu seorang yang tidak mementingkan kebersihan. Mereka akan mengandaikan kamu seorang yang pengotor! Memalukan bukan ? jadi ubah penampilan mu, biar nampak  simple dan biasa tetapi jangan sampai selekeh.

Tuesday, 23 April 2013

Lagi-lagi tiramisu



Hehe , alaaaa jeles la tu..buat sendiri , senang sgt laa..hehe..aku saja buat khas utk kazenku yang sudi tido kat umah aku..so , aku pun dgn seikhlas hati buat la utk dia..bila dia cakap sedap , Alhamdulillah aku puas hati dan lega , hehe..terima kasih..aku pun bagi lebih utk keluarganya merasa , hehe..


Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, 8 April 2013

Tips : Jangan berlapar ketika diet

Jangan Berlapar Ketika Diet

Lupakan saja kaedah diet yang ketinggalan zaman. Terdapat banyak sebab kenapa diet yang kita jalani sebelum ini tidak membuahkan hasil. Tubuh, bukanlah baru ‘dibentuk’ pada hari ini.

Tubuh manusia terbentuk sejak lama dahulu, malah sebelum kaedah-kaedah diet yang sedia ada ini wujud lagi. Dulu, kurang makan hanya memberi maksud lapar, dan sekiranya tubuh tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut, akibatnya memang memudaratkan.

Apabila anda jalani diet rendah kalori, hanya anda sahaja yang faham bahawa anda mahu menurunkan berat badan. Sebalik nya, tubuh anda tidak memahami apa yang anda lakukan. Tubuh anda hanya ‘faham’ yang anda kelaparan, seterusnya tubuh akan cuba menghentikan usaha diet anda.

Diet memperlahankan metabolisme Kadar metabolisme setiap orang tidak sama. Ada yang mempunyai kadar metabolisme yang tinggi sehingga dapat membakar kalori dengan cepat. Mereka yang memiliki metabolisme yang tinggi rata-ratanya lebih langsing. Ada pula yang membakar kalori dengan lambat kerana memiliki kadar metabolisme yang rendah.

Poin yang penting adalah, kadar metabolisme boleh berubah. Ketika anda berdiet dan berada dalam keadaan lapar, tubuh akan memperlahankan metabolisme kerana tubuh tidak faham tentang konsep diet. Disebabkan tidak tahu berapa lama ia akan berada dalam keadaan lapar, secara automatik tubuh akan cuba bertahan dengan lemak yang ada.

Tubuh akan memperlahankan kadar meta bolisme untuk menjimatkan sebanyak mungkin lemak yang ada di dalam tubuh anda sehingga tempoh ‘berlapar’ anda tadi tamat. Ini kerana, lemak tersebut adalah sumber tenaga simpanan tubuh.

Elak Makan Ikut Nafsu
Kebiasaan diet dengan cara berlapar boleh beri kesan yang buruk. Ini kerana, tubuh bukan hanya memperlahankan kadar metabolisme untuk menyimpan lemak yang ada tetapi akan cuba mengambil kesempatan sebaik mendapat sumber makanan. Pantang ada saja makanan, tubuh cenderung cuba mendapatkannya dengan banyak.

Bayangkan saja anda sudah berdiet dan menahan lapar selama beberapa hari. Suatu hari, datang seorang rakan membawa aiskrim kepada anda. Anda berkata pada diri sendiri, makan satu atau dua sudu tidak akan beri kesan buruk pada diet anda. Tapi sebaliknya tanpa anda sedar semakin banyak pula yang anda makan.

Akhirnya, anda menyalahkan diri sendiri kerana tidak punya kekuatan untuk menghalang diri dari makan aiskrim tadi dengan banyak. Hakikatnya, anda bukanlah tidak punya kekuatan untuk menahan diri tetapi itulah sebenarnya bagaimana tubuh berfungsi.

Tubuh anda menganggap bahawa ais-krim tadi adalah satu-satunya sumber kalori yang boleh didapati setelah beberapa hari tidak mendapat keperluan kalori yang mencukupi. Sebab itu, anda tidak sedar bahawa anda sudah mengambil lebih kalori dari yang sepatutnya.

Ingat, kebiasaan makan secara tidak terkawal (mengikut nafsu) biasanya disebabkan oleh diet. Jadi sebenarnya adalah tidak bagus untuk anda mengelakkan diri dari makan seperti meninggalkan makan sarapan dan makan tengah hari.

Mengelak dari makan hanya membuatkan anda makan dengan lebih banyak sebaik sahaja berpeluang untuk makan. Oleh itu, makanlah seperti biasa dan elakkan diet rendah kalori. Mengelakkan atau terlalu kurang makan bukanlah cara yang efektif dan kekal untuk mengawal berat badan. Ia jauh sekali boleh dianggap sebagai sebahagian daripada program diet

Sunday, 31 March 2013

Tips : Hindari jerawat

Kulit cantik

Kehadiran jerawat sukar untuk dihalang namun ikuti petua ini untuk mengatasi masalah tersebut. Keringkan kulit buah rambai dan kisar halus. Kemudian campurkannya dengan sedikit air mawar. Sebatikan. Sapukan ke wajah dan amalkannya dua kali seminggu.

alaaa , aku tak rajin la..mana nak cari air mawar pun tak tau la , huhuuu..malassss

Sumber : Majalah Mingguan Wanita.


Friday, 29 March 2013

Tahniah buat Irma dan suami

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjc0BrGXoroln2kWmLLMkMQMD2cZ57e5YAr_cC-eLtIUbdNtGD1zCK-XzTOjuI06lnXwNqbhXfZznxHuCRfCKU-3TAgfm3hYeMBn-HIwy_iSwbGO1JmxmwERC3oBlaq_WjYN97SPw5-Ek8/s1600/irmahasmiedanbayi.jpg




























Wauuu , tahniah kpd Irma dan suami dapat baby boy pagi tadi..bersalin secara pembedahan , besar tu babynya 3 kg lebih..tahniah tahniah ! semoga menjadi anak yang soleh..

Saturday, 23 March 2013

Kedai kek Muadzam Shah dirompak ?



Uissshhhh !! Dasyat punya statement..dirompak woo , hehe..pembetulan ye , bukan kedai bos aku yg kena rompak , tapi rumah bos aku yg dimasuki org tanpa disedar , bukan rompak ye..hehe..rumah bos aku kat atas kedai dia je..
 
Kejadiannya berlaku ptg semalam , lebih kurang dlm pukul 2 tak silap aku..time tu aku dan kawan2 yg lain tengah rehat..yg tinggal 2 org..sorg lagi tengah solat , sorang lagi yakni adik bos aku jaga kedai..semalam seharian bos aku takde , pegi kuantan..

Pencuri tu lelaki , dia siap tanya lagi bos ada ke tak , lepas tu dia tinjau2 dlm kedai tu..lepas tu dia mintak nombor telefon bos konon kononnya nak tanya sewa kedai tak silap aku la..lepas tu adik bos aku nie masuk la bilik utk sambung hias kek..dlm pukul 3 lbh kot adik bos aku naik atas nak solat dan tiba2 lampu2 terbukak dan netbook dia dan bos aku hilang ! Yg tu je hilang..yg lain maybe tak sempat nak capai kot..yg dia tumpu kat netbook2 tu je..dalam tu macam2 maklumat2 syarikat dan pendrive sekali dia hangkut bawak pi..

Dah buat report pukul 5 , settlenya pukul 7.30 mlm..tapi habuk apapun tak boleh buat sbb tak dapat cam org tu..lepas camtu jela org tu , tapi kat dunia nie la..kat akhirat nanti ada la bahagian dia , takkan terlepas punya..

Apapun syukur semuanya takde yg tercedera..jadi camnie mula la aku yg nak ketar lebih..macam2 aku pikir..kalau la org tu ganas menggunakan senjata , mmg aku org pertama lari dulu , haha..tp Alhamdulillah takde apa2..cuma harapnya jadikan ianya sebagai pengajaran dan iktibar kpd kita semua..berhati2 la dan sentiasa jaga keselamatan bukan utk kita saja tapi utk rumah dan sebagainya..kadang2 kita terleka seminit je tapi penyesalannya tak berpenghujung , hehe..

nak ikutkan cerita penuh aku blh buat novel dah , tapi aku saja tamo citer panjang2 , cerita pengajaran utk kita semua..


Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday, 10 March 2013

Jom gi dating !






Bukan someone special ok , with my family..makan lagi hot plate , test kuet tiaw lak..huhu
Nikmati my off day di hari minggu , wee~~

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, 7 March 2013

Terima kasih Boss !






Tempat duduk sudah disediakan , terima kasih belanja kami semua , hehe..sempena menyambut befday bos aku (wife tercintanya) yg ke bape ekk ? 36 kott..
Ehh , baru perasan la si baju hijau menjeling manja kepada si baju merah , meluat aku , haha ! Tu la bos aku suami isteri..ramai org tanya tuan kedai kek nie melayu ke cina ? Melayu laa , huhu..
Thanks a lot !  

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, 6 March 2013

Hok pelik ?







Hehe , tu dlm bahasa kelate..dlm bahasa omputihnya hot plate la..yummy sedap , pestaim aku makan hok pelik nie haa..teringin da lama sgt..next time try nasik pulak..

Nie aku belanja kawan2 , 5 org je mampu , hehe..hari ahad nie nak makan dgn family pulak , huhu..tak tau la sapa belanja..

Muka selok belaka dpt makan free , hoho..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, 4 March 2013

Losyen Felinna Inch loss

























Haaa meh sini sapa nak beli losyen nie ? Khas utk org yg teringin nak slim..losyen nie bertindak sebagai pembakar lemak , berak xbenti..haha..gurau je..aku baru je nak cuba pakai..kalau korang tengok aku slim aku pakai nie la , hehe..

Tp kalau pakai losyen nie , tak jaga jugak pemakanan korang tak jadi jugak..kena seimbangkan la..dah la mahal losyen nie..1 botol nie rm75..beli kat online..Lagi 1 kalau korang nak beli , pastikan yang asli ye..bukan tiruan..nak tau tiruan dan asli ? Haa tgok gambar perbezaan yg asli dan tiruan..

Aku hampir beli yang tiruan di kedai berdekatan..dan aku bagitau kat org tu kalau yg asli ada logo TM , alik2 org tu pun tak bape nak pasti..tak tau la tu kott..nasib baik , jadi aku beli online jela..
Kawan aku cakap panas sgt rasanya..xblh bubuh banyak2 , anggaran dlm duit 2 posen je..tu pun da berasap , huhu..ada yang nak try ? Selamat mencuba..untuk aku jugak , huhu..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday, 3 March 2013

Selamat pengantin baru








Harinie off day aku..aktiviti aku utk harinie aku dgn family pegi kenduri kawin adik kawan aku kat keratong 9..gambo pengantin xdok ehh , bakal pengantin ade..hehe

Yang paling penting ade ayam golek..aku amek 4 ketul , hehe..weiii sori ye 4 ketul tu kecik2 ok..
Pegi awal pukul 11.30 sampai da..pengantin bersanding pukul 12.30..alik2 aku yg bersanding dulu..merasmikan pelamin , haha..

Sampai rumah pukul 1 , lepak rumah paksu..paksu aku drebar bas mara..td dia blk untuk rehat , dia ajak aku gi segamat jalan2..memula nk gak ikut tp dada aku terasa sempit je menandakan aku nak semput , tak bawak pam pun..next week aku nak ikut paksu aku , tambang free ok..


Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday, 24 February 2013

Segmen : Follow sambil tutup mata by Lia Abdillah

Assalamualaikum....

klik banner utk join

yess ! kembali utk join segmen sbb hari nie off day aku , baru ade masa sikit..kalau broadband nie cam siput mmg tak online la weiii , aku jenis tak penyabar sikit , hehe..ok , ada masa lagi nie nak join sebelum 22 mac..bab2 tambah followers nie aku suka sangat , almaklum followers aku ciput je baru , hihi..nak tambah la beribu jadinya :-) 

kalau korang follow aku konpem aku akan follow korang blk..cuma mintak kalau ada word verification kat kotak komen korang tu , buang la ehh..kalau ada , siyess otomatik aku terus hilang mud nak komen dan cancel blk komen aku tu haa..aku tau bukan aku je camtu..ramai yang tak suka kan kan ? hehe

so mari follow follow..salam kenalan dari aku mimi zakaria , hehe..nama penuh tak leh gitau , maluuu.. :D