Jom Santai Bersama Ben Ashaari !!

entri terbaru

Sunday 28 April 2013

Tips : 10 sifat perempuan yang dibenci lelaki

10 Sifat Yang Di Benci!

Pernah tak kamu mengalami situasi macam ni ? Memang benar! Lelaki tidak selesa jika pasangannya terlampau melebihi batas. Bila tidak selesa, mulalah mereka pasang dua! Jadi jom pelajari 10 sifat perempuan yang di benci oleh lelaki

1) TERLALU MENGADA-NGADA
Kalau manja tu boleh terima lagi, tetapi kalau dah boleh di gelar ‘mengada-ngada’ jangan kata lelaki agak-agaknya kawan di sekeliling kamu pun akan muak dengan sifat mu itu!

2) SUKA MENGAWAL KEADAAN
Ada sahaja yang tak kena, itu tak boleh ini tak boleh, arghhhh rimasnya! Sejujurnya lelaki paling rimas dengan perempuan yang suka mengawal keadaan kerana keegoaan seorang lelaki akan tercabar bila ada pihak lain yang cuba menjadi ‘lelaki’ selain dari dirinya.

3) SUKA MEMAKSA DAN MENDESAK
“Hahhh elok lah tu tak nak approve relationship kat facebook! Hahh takut kantoi lah kan! Takut hilang market kan?!”. Mungkin bagi kamu ia PERLU, tetapi tidak bagi lelaki. Bagi mereka banyak lagi pekara yang penting untuk di lakukan selain daripada approve status kamu berdua di facebook. Lagi pun tidak semestinya jika si dia tidak approve permohonan kamu itu bermakna si dia memang tidak mahu semua orang tahu tentang kehadiran kamu. Mungkin si dia segan jika ibubapanya melihat statusnya di facebook. Jadi jangan terlalu suka memaksa dan mendesak!

4) SIKIT-SIKIT MENGUGUT
Bila bergaduh, ada sahaja yang di ugutnya. Nak putuskan hubungan lah, nak telan pil lah ini lah itu lah mungkin bagi setengah perempuan ia seakan ‘umpan’ tetapi percaya lah bagi lelaki ia adalah nightmare dalam hidupnya

5) BANYAK MUSUH & SUKA BERGADUH
Lelaki  paling menyampah dengan perempuan yang suka bergaduh dan mengumpul musuh. Bagi mereka, perempuan seperti ini tidak layak untuk di gelar isteri.

6) MEMBOSANKAN
Pernah dengar perkataangirls just wanna have fun ? hahhhhh jangan salah sangka! Bukan perempuan sahaja yang nak have fun! Lelaki pun macam tu juga. Jadi mereka memang suka berdamping dengan perempuan yang pandai berseronok dan menghiburkan hatinya. Oleh itu, jangan salahkannya jika satu hari nanti si dia akan melepaskan kamu hanya kerana kamu sangat membosankan.

7) GOLONGAN PISAU CUKUR
Tidak di nafikan, lebih cool jika lelaki yang belanja makan, menonton wayang, dan penuhi apa sahaja keinginan mu, tetapi kalau sampai kamu minta seutas jam mahal yang beharga RM100 keatas itu bukan cool namanya, itu dah mengambil kesempatan! Silap-silap ada yang di panggil pisau cukur!

8) MUDAH MENANGIS
‘Air mata’ seorang perempuan adalah senjata yang paling utama untuk melemahkan seorang lelaki, namun jika sering di gunakan siapa yang tahan. Lelaki memang tak suka seorang perempuan yang berhati ‘tisu’, bagi mereka perempuan seperti ini terlalu lemah dan mengada-ngada! Mereka lebih gemarkan perempuan yang kuat dan tabah!

9) TERLAMPAU CEREWET DAN MEMILIH
Amboiii bukan main demand lagi ya kamu! Nak makan di tempat mahal sahaja. Jangan begitu, ada sesetengah lelaki yang tidak gemar pasangannya yang terlampau cerewat dan memilih. Tiada salahnya jika sekali-sekala kamu berdua makan di tempat-tempat biasa.

10) SELEKEH
Macam mana cantik sekali pun muka kalau selekeh lelaki memang tidak suka. Ia menggambarkan kamu seorang yang tidak mementingkan kebersihan. Mereka akan mengandaikan kamu seorang yang pengotor! Memalukan bukan ? jadi ubah penampilan mu, biar nampak  simple dan biasa tetapi jangan sampai selekeh.

Tuesday 23 April 2013

Lagi-lagi tiramisu



Hehe , alaaaa jeles la tu..buat sendiri , senang sgt laa..hehe..aku saja buat khas utk kazenku yang sudi tido kat umah aku..so , aku pun dgn seikhlas hati buat la utk dia..bila dia cakap sedap , Alhamdulillah aku puas hati dan lega , hehe..terima kasih..aku pun bagi lebih utk keluarganya merasa , hehe..


Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday 22 April 2013

Happy birthday Muhammad Afif Zakwan

Wwaaaa , 6 tahun sudaa budak nie ye..adik bongsuku yang paling manja..dapat hadiah dari maksunya terus tukar baju..

Terima kasih bagi hadiah tiap2 tahun , hehe..semoga jadi anak yang berjaya di dunia dan akhirat , insyaAllah..satu satunya adik kecik aku dan yang pastinya takkan dapat adik daa , hehe..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Saturday 13 April 2013

Selamat hari lahir to my mom

Harinie hari lahirnya yang ke-43..muda lagi aihh , hehe..hadiahnya bulan depan , aku tau dah nak bg apa kat mak aku..senang je nak bagi hadiah kat pompuan nie..kat laki tu la yang pening tak tau nak bagi apa..

Semoga mak aku tabah harungi segala dugaan dan ujian dariNya..semoga dipanjangkan umur dan hidup diberkati Allah , Aminnn..sayang my mom..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday 11 April 2013

Sedetik cinta

Drama yang menggantikan drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi..jauh lagi best dari drama sekarang Sedetik Cinta yang dilakonkan oleh Awal Ashaari dan Hanez Suraya..pelakon yang lain mmg aku kenal , tapi tang nama tu aku tak bape ingat , hehe..

Tapi dari mula aku tengok episod 1 , aku sakit mata tengok pelakon yang bawak watak nama Fuad nie..cukup tak berkenan dgn muka nak ambik feel la kononnya..tapi sikit tak menyentuh hati aku..bila datang part Fuad nie aku ngadap menda lain , haha..mintak maaf la yee , hehe..

Jalan citer ok la not bad , aku suka tengok citer kawin2 paksa nie , hehe..lagu didendangkan oleh Judika yang bertajuk 'Bukan dia tapi aku'..terus carik lagu nie , hehe..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday 8 April 2013

Tips : Jangan berlapar ketika diet

Jangan Berlapar Ketika Diet

Lupakan saja kaedah diet yang ketinggalan zaman. Terdapat banyak sebab kenapa diet yang kita jalani sebelum ini tidak membuahkan hasil. Tubuh, bukanlah baru ‘dibentuk’ pada hari ini.

Tubuh manusia terbentuk sejak lama dahulu, malah sebelum kaedah-kaedah diet yang sedia ada ini wujud lagi. Dulu, kurang makan hanya memberi maksud lapar, dan sekiranya tubuh tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut, akibatnya memang memudaratkan.

Apabila anda jalani diet rendah kalori, hanya anda sahaja yang faham bahawa anda mahu menurunkan berat badan. Sebalik nya, tubuh anda tidak memahami apa yang anda lakukan. Tubuh anda hanya ‘faham’ yang anda kelaparan, seterusnya tubuh akan cuba menghentikan usaha diet anda.

Diet memperlahankan metabolisme Kadar metabolisme setiap orang tidak sama. Ada yang mempunyai kadar metabolisme yang tinggi sehingga dapat membakar kalori dengan cepat. Mereka yang memiliki metabolisme yang tinggi rata-ratanya lebih langsing. Ada pula yang membakar kalori dengan lambat kerana memiliki kadar metabolisme yang rendah.

Poin yang penting adalah, kadar metabolisme boleh berubah. Ketika anda berdiet dan berada dalam keadaan lapar, tubuh akan memperlahankan metabolisme kerana tubuh tidak faham tentang konsep diet. Disebabkan tidak tahu berapa lama ia akan berada dalam keadaan lapar, secara automatik tubuh akan cuba bertahan dengan lemak yang ada.

Tubuh akan memperlahankan kadar meta bolisme untuk menjimatkan sebanyak mungkin lemak yang ada di dalam tubuh anda sehingga tempoh ‘berlapar’ anda tadi tamat. Ini kerana, lemak tersebut adalah sumber tenaga simpanan tubuh.

Elak Makan Ikut Nafsu
Kebiasaan diet dengan cara berlapar boleh beri kesan yang buruk. Ini kerana, tubuh bukan hanya memperlahankan kadar metabolisme untuk menyimpan lemak yang ada tetapi akan cuba mengambil kesempatan sebaik mendapat sumber makanan. Pantang ada saja makanan, tubuh cenderung cuba mendapatkannya dengan banyak.

Bayangkan saja anda sudah berdiet dan menahan lapar selama beberapa hari. Suatu hari, datang seorang rakan membawa aiskrim kepada anda. Anda berkata pada diri sendiri, makan satu atau dua sudu tidak akan beri kesan buruk pada diet anda. Tapi sebaliknya tanpa anda sedar semakin banyak pula yang anda makan.

Akhirnya, anda menyalahkan diri sendiri kerana tidak punya kekuatan untuk menghalang diri dari makan aiskrim tadi dengan banyak. Hakikatnya, anda bukanlah tidak punya kekuatan untuk menahan diri tetapi itulah sebenarnya bagaimana tubuh berfungsi.

Tubuh anda menganggap bahawa ais-krim tadi adalah satu-satunya sumber kalori yang boleh didapati setelah beberapa hari tidak mendapat keperluan kalori yang mencukupi. Sebab itu, anda tidak sedar bahawa anda sudah mengambil lebih kalori dari yang sepatutnya.

Ingat, kebiasaan makan secara tidak terkawal (mengikut nafsu) biasanya disebabkan oleh diet. Jadi sebenarnya adalah tidak bagus untuk anda mengelakkan diri dari makan seperti meninggalkan makan sarapan dan makan tengah hari.

Mengelak dari makan hanya membuatkan anda makan dengan lebih banyak sebaik sahaja berpeluang untuk makan. Oleh itu, makanlah seperti biasa dan elakkan diet rendah kalori. Mengelakkan atau terlalu kurang makan bukanlah cara yang efektif dan kekal untuk mengawal berat badan. Ia jauh sekali boleh dianggap sebagai sebahagian daripada program diet