Jom Santai Bersama Ben Ashaari !!

entri terbaru

Monday 26 August 2013

Bila la nak ditukarnya

Dah jadi sebegini rupa casing hp aku ni . Ada sape2 nak tolong sedekahkan casing baru utk aku ? Haha . Mungkin dpt gaji pertama nnt kot aku beli , tamo pakai duit mak . Buat masa ni biarlah sebegitu rupa , janji dlmnya terjaga .

Huhh terjaga la sgt . Terjatuh jgk akhirnya , screen mengadap simen pulak tu . Nasib baik tak kena masuk 'hospital' . Tapi sekali tu jela , tapi syg gila la dah ada sejarah jatuh . Bulan 1 tahun dpn genap setahun aku pakai samsung S3 ni .

Duk terteleng2 gak la kat S4 tu , geram pulak aku rasanya mcm2 application , hehe . Skrg ni harga dia dah jatuh sama harga dgn S3 aku ni masa beli dulu tu . Tapi takpe la , aku nak gigih kumpul duit utk benda yg lbh penting lagi dan aku bersyukur dpt memiliki S3 ni dan laptop hasil aku berkerja kat kedai kek tu . Alhamdulillah

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday 25 August 2013

Rupa bas terjun gaung

Subhanallah , sebegini rupa bas Genting ni yek . Patut la ramai yang terkorban , sedih sangat . Aku penah naik bas ni gi Genting Highlands masa duk KL dulu dgn kawan2 .

Mak aku ckp nasib baik la tak jadi apa2 masa tu . Perasaan aku time tu biasa je , cuma kadang2 terbayang2 jugak la time lalu kat tepi gaung tu . Tak berenti aku mengucap bila mcm2 bayangan muncul kat dalam pale otak ni haa . Tapi pasrah jela , kalau benda dah nak jadi kan .

Published with Blogger-droid v2.0.10

Saturday 24 August 2013

Malaikat di pintu




 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgkAz9ItWQeHZMBjGciH9Ap7Ma3NaxwfWK11BWAS0eAcyTaI4d9ryzJVbdXqLFMDc0VBiuVaTt8sYuQq9Y-nYvENaNw7bHgt3R2ttou3ZQH5wcmLWGMpFsDylX6XPIS8Nup7xmBgTyD7NU/s1600/9412571244_bbafb1a4ed_o.jpg



Aku tak boleh tengok orang niaya anak yatim piatu ni . nak menangis rasanya , hurrmmm . tengok aje cerita ni sampai habis . sinopsis cerita nie ,

Ridwan sebelum ini dibesarkan di rumah anak yatim. Namun kini ibu saudaranya, Zai akan mengambil Ridwan untuk dijaga. Walaupun sudah beberapa tahun berkahwin, namun Zai dan Mus tidak dikurniakan anak.
Mus kurang senang dengan kehadiran Ridwan namun dia mengikut sahaja permintaan isterinya kerana tidak mahu bertelagah. Walaupun Ridwan merupakan seorang anak yang baik dan patuh pada kata, Mus tetap tidak senang kerana baginya Ridwan merupakan orang luar.

Zai mula berbincang dengan Ummi untuk menghantar Ridwan semula ke rumah anak yatim selepas hari raya nanti akibat desakan Mus. Sepanjang Zai di tempat kerja, Ridwan dibiarkan sendirian di rumah sehingga dia bertemu rakan baru iaitu Alif.

Mereka berdua mendapat idea untuk mengumpul duit dengan melakukan perkhidmatan seperti membersihkan halaman rumah, mengutip botol, plastik dan surat khabar lama. Pada sebelah malam pula, mereka menjual bunga api dan mercun ‘pop pop’.

Suatu hari, selepas membersihkan halaman Cik Munah, Ridwan dan Alif memberanikan diri pergi ke sebuah rumah yang tidak mereka kenali. Sejurus tiba di rumah tersebut, Ridwan memberanikan diri membuka pintu.

Tiba-tiba mereka ternampak kelibat seseorang yang menakutkan. Sebelum mereka sempat melarikan diri, mereka telah ditangkap penghuni rumah tersebut iaitu Tok Bad.



Thursday 22 August 2013

Bila teringat orang lain yang menderita

Ya Allah , bubuh balm panas kat kaki kiri yang terseliuh ni lama2 rasa macam terbakar je kaki ni . Dah sakit baru nak bubuh ubat dah tak guna dah . Aku ingat kan tak sakit dah lepas jatuh terpeleot pagi tadi pukul 7.30 , alik2 pukul 11 tadi terasa balik sakit .

Bila solat zohor tadi tiba2 menitis pulak air mata ni mengingatkan org lain yang lagi susah drpd kita . Aku solat seperti biasa , bila nak sujud rakaat pertama baru rasa peritnya , sejujurnya solat aku betul2 tak sempurna sbb kena tahan sakit . Aku teringat org yg tak boleh solat dgn normal dan terpaksa solat cara sakit .

Ingatlah kita yg normal ni jangan sesekali kita tinggalkan solat . Jangan nanti dah sakit baru terasa nak solat macam org normal .

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday 21 August 2013

Asmara Luna



Sekarang cerita Asmara Luna pulak di slot Samarinda ,13 episod terbitan Js Pictures . Kalau Sheila Rusly yang buat cerita mmg best ! Aku suka gila cerita Sheila Rusly .

Pelakon Asmara Luna :
Siti Saleha, Shukri Yahya, Roy Azman, Liza Abdullah, Miera Liyana, Aidil Aziz dan ramai lagi.

Sinopsisnya mengisahkan si Luna yang telah terpisah selama 21 tahun dengan ibu kandungnya . Luna berusaha mencari di mana ibunya berada . Dapatkah Luna menemui kembali ibunya setelah lama mendambakan kasih sayang seorang ibu yang telah lama tidak dirasainya ? 

Hari ni start cerita ni , dah habis baru aku update . Nak tau best ke tak ceritanya , saksikan setiap hari selasa-khamis pukul 10 mlm , yeahh



Published with Blogger-droid v2.0.10

Kemalangan di jalan Genting Highlands

"Nahas bas di Genting Highlands: 33 lagi penumpang dipercayai sudah mati, kini dikeluarkan anggota penyelamat manakala 16 lagi cedera."

Subhanallah , ramainya yang terkorban . Kecuaiannya sikit je tapi akibatnya , MasyaAllah .

Takut betul nak lalu kat jalan Genting Highlands tu , keliling gaung . Mengucap tak berenti kalau lalu kat situ nak2 lagi kalau naik bas . Kejadian ni berlaku masa aku dan keluarga aku bersiap nak pi open house , hurmmm . Takziah kepada keluarga mangsa .

Al-fatihah .

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday 20 August 2013

Bedak tanaka bukanlah sesuai untuk semua jenis kulit

Haa sudah berpengalaman aku memakai bedak ni . Tak habis pun aku campak dlm tong sampah . Bukanlah nak kata bedak ni tak dek kualiti , mungkin ianya tak sesuai dgn kulit aku . Ini cerita antara aku dgn bedak ni ye , bkn org lain . Jangan pulak ada yg cakap 'aku pakai ok je , licin je , berseri je , gebu je , kulit nampak makin putih je' . Haa tamo2 .

Hasil aku dapat pakai bedak ni begitu mengecewakan aku . Ada je jerawat hinggap , besaq kedabaq pulak tu , pastu susah nak mati pulak tu . Ishh ishh ishh dasyat ye jerawat ni , ketegaq sungguh noh , hehe . Aku ingat nak habiskan je , tapi tamo la aku menambahkan jerawat aku buat apa . So , tak sampai separuh aku pakai aku buang aje .

Habis cerita . Dan aku tamo dah beli produk murah yang laris dipasaran sekejap je(pastu lenyap) tapi dikatakan begitu berkualiti hingga sesuai utk semua jenis kulit . Mmg tak sesuai dgn kulit aku . Bukan nak kutuk tapi aku tau kulit aku nakkan produk yg mahal walhal tuannya tak mampu ! Tu yg buat aku tensyen . Aku beli bedak ni pun sbb kawan , tak sampai hati pulak . Sekian

Published with Blogger-droid v2.0.10

Saturday 17 August 2013

Hantu mana la yang follow aku ni


Terkejut aku bila tengok balik followers aku pagi tadi..mak aih , datang mana makhluk nie ? Macam mana dia boleh follow aku nie ? Aku masuk kat link dia and aku tengok site yang dia follow..rupanya blogger femes Lyssa Faizureen pun dia follow..






Published with Blogger-droid v2.0.10

Selamat hari raya Aidilfitri

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR SAHAJA , hehe..Dari kami sekeluarga dan sanak saudara..

Hehe seminggu dah raya , terlupa nak update kat blog..tetiba asyik layan instagram ngan facebook aje..entri sebelum nie keja update menu bukak puasa je..

Bila dah nak raya makin sibuk pulak sampai tak update terus , malas dah nak cara ditambah pulak dgn internet aku nie bukan utk sebulan macam aku buat sebelum2 nie..ada kredit baru la bukak internet..sekarang nie pulak aku ambik yang Hot Tiket RM10 utk 5 hari..dalam 5 hari tu ada data limit 500MB , facebook dgn twitter percuma (tak ada cas data) , u1GB (2am-7am) , kredit local RM7..Pakej tu la aku ambik..yang tak bestnya limit sampai 5 hari je..kalau cukup seminggu ok gak..

Bulan 9 nanti nak kerja , cousin aku ajak try kat company Proton , nak pakai ramai pekerja..nanti akan dibuat temuduga terbuka..takut pulak aku kalau tak dapat..sbb ramai yg mintak , sape yg tak nak masa bekerja office hour , basic RM900..tapi try jela mintak , nasib la kalau dapat..kalau tak dapat bantai aje la keja apa pun , janji duit masyukk..hehe

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday 4 August 2013

Menu berbuka puasa #26 Ramadan

Selamat berbuka puasa..inilah menu utk harinie..semua tu aku masak kecuali cempedak goreng , hehe..

harinie mak aku jemput paksu a.k.a adiknya..katanya kesian kat paksu iftar sorang2 je kat rumah..anak bininya dah balik kelantan pagi semalam , paksu aku tak dapat pegi sekali sbb kena keja..dia bawak bas mara liner..parok la ek tak dapat cuti raya..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Menu berbuka puasa #25 Ramadan

Harinie pasar malam terakhir dlm bulan ramadan..harinie cukup letih la..tengah hari tadi bancuh nak buat biskut coklat chip , pastu simpan dlm peti , perap jap..pagi esok baru bakar dia..lepas berbuka tadi buat lagi kuih raya..mujur oven tak buat perangai lama2..almaklum , oven tu tak silap aku 10 tahun yg lepas beli.. barang dulu2 , tahan lama tu..

Aku ingat nak masak je harinie , pegi pasar malam beli yg ringan2 je..alik2 duk pikir harinie kejar masa , beli aje la lauk pauk dan nasik masak kat rumah..habis cerita..tengok , kuih raya settle pukul 1.15 pagi tadi..penat woo

Published with Blogger-droid v2.0.10

Menu berbuka puasa #24 Ramadan

Harinie pegi bazar ramadan..lama tak pegi..masuk harinie 3 kali dah pegi..ingat hari ahad nie nak pegi lagi utk kali terakhir , yela 3 hari lagi nak raya..mesti ramai dah tak meniaga..teringin murtabak yg harga rm5 tu..tebal je tengok , geram pulak aku..mintak2 ada lagi pakcik tu..

Ayam goreng berempah tu je yg aku buat..lain bazar ramadan , hehe

Published with Blogger-droid v2.0.10

Menu berbuka puasa #23 Ramadan

Aku yakin sgt mesti korang pikir nie singgang kan ? Huhu..tak la , nie asam pedas sebenarnya..mak aku suruh buat asam pedas ikan tongkol..aku geledah mencari cili kering tapi takde , mak aku ckp lupa nak beli..aku sapu jela cili padi..tu pasal kalernya tak merah..

Asam pedas kitorang rebus tau tapi aku suka pekat2 , tak suka ceroiii je nampak..hehe..mak aku ckp asam pedas org kedah..tak tau la aku..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Menu berbuka puasa #22 Ramadan

Selamat berbuka puasa..simple je..ikutkan aku masak ayam goreng kari dgn sabal udang tu je..mihun goreng dgn pisang goreng tu maksu aku yg bagi..memudahkan kerja aku , layan kuih raya lagi..hehe

Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday 2 August 2013

Menu berbuka puasa #21 Ramadan

Yeayyy !! Mihun sup tulang my feveret !! Keutamaan aku nie..semalam aku nampak mak aku beli tulang lembu kat pasaraya..noat dalam hati aku sendiri nak buat mihun sup..membuak-buak dah nie keinginan aku..baru je aku nak menyuarakan isi hati , mak aku dah menyampuk

"Tulang tu nanti buat mihun sup la , jemput paksu mai umah"

Aku apa lagi , hooreyy laa..macam tau2 je mak aku nie..nie buat bertambah syg kat mak nih..aku cakap kat mak kali nie aku nak masak sendiri..

Dia tak kesah pun sbb nak cara ke kain bajunya lagi..banyak lagi tu kain org..ada lagi org dtg nak tempah baju kat mak aku siap merayu2 lagi , nak ambik ptg sebelum raya..mak aku dah ckp tak sempat , tapi org dah tak paham bahasa nak buat camne..

Nak ambik ptg raya tu 1 hal , dah la masa tu kitorang dah balik kampung..yang birah gi hantar lambat sgt tu kenapa ? Mak aku cakap kejap dia nak ptg sebelum hari raya , kejap nak seminggu lepas raya..pening2

Ehh , terlajak masuk entri la..hehe

Published with Blogger-droid v2.0.10

Menu berbuka puasa #20 Ramadan

Sape suka kerang ? Nie kerang masak sos tiram kott..aku perati je mak aku masak..lepas nie boleh la aku masak sendiri dah sementara duduk kat rumah nie , huhu..

Selamat berbuka puasa

Published with Blogger-droid v2.0.10

Menu berbuka puasa #19 Ramadan

1 jenis lauk aje..mak aku suruh masak harinie..aku jenguk2 peti , nampak mushroom ? Hatiku melonjak girang ! Nampak pulak daging..aku buat la sup..nyummy !! Walaupun simple kali nie , aku bedal 2 pinggan nasik..kenyang woo

Published with Blogger-droid v2.0.10