Jom Santai Bersama Ben Ashaari !!

entri terbaru

Thursday 29 November 2012

Durian Crepe Punya Hal

Assalamualaikum...

durian pemberian pokok maklong aku kat Chini , yuhuu !

Haaa , dapat jugak akhirnya buat durian crepe yang makin glemer nie..mmg kempunan giler aku nak buat..aku buat sendiri ok..tak main la beli2 nie , cewahh..ok , korang mesti baru je dapat rasa durian crepe nie kan ? sama jugak cam aku..tahun lepas tak dek pulak aku dengar nama durian crepe nie..tak pun aku yang ketinggalan zaman kott..huhuuu

ok , pendapat aku mengenai durian crepe nie , ok la jugak rasanya , biasa je pun..macam makan ketayap pun ade tau..agaknya kulit dia sama ngan kulit ketayap tak ? aku tak penah buat ketayap..aku nie tak dek la buat sesedap mana pun..cuma ikut je bulat2 resepi yang tersedia dgn sendirinya , hoho

ahad minggu depan pulak aku nak buat kek durian , request dari maksu aku..pastu terus buat kek batik , request dari member sekerja..fuhhh , suka aku..insyaAllah kalau sempat..aku nie jenis kalau kempunan sangat nak buat , tak kira penat lelah dah pun , ewaahh..yang paling penting yeayy !! esok gaji..haha

Sunday 25 November 2012

Cheese Cake Oreo Bajet

Assalamualaikum...

Kenapa aku cakap kek cheese bajet ? tengok la

rendah kn ?? krim cheesenya aku bli sikit je..bajet lari sikit..tapi ketegaq nak buat jugak malam tadi..aku jenis bila nak buat sesuatu tak suka langsung nak kena tangguh..tak tenteram rasanya..

jadi la cenggitu..nanti bila aku dah kaya , aku buat kek nie gemuk2 punya..nanti nak try buat cheese kek cara bakar pulak..nie main sumbat dalam peti je..resepinya ?? menggoogle la jawabnya..

Friday 23 November 2012

Jualan Di Muadzam Shah

Assalamualaikum...

hurmm , motif tangkap gambar = selok + membosankan..jualan yang tak berapa memberansangkan..anjuran dari jabatan pertanian (kott?)..org ramai tak tau pun pasal jualan nie..

hasil jualan pun dekat RM200 laa..sebenarnya jualan nie hari rabu lepas..baru update , almaklum pemalas..esok sabtu jualan kat keratong pulak..fuhh !! mesti masyuk punya..aku yakin org felda banyak duit nie akan laku la jualan2 kat sana..mesti ramai punya lahh ! aku teringin nak pegi , tapi tak dapat :-(

Monday 19 November 2012

HTC perkenal Windows Phone 8X, 8S

Assalamualaikum...



TERKINI...Phone 8X (kiri) dan 8S dengan keupayaan Beats audio.
Phone 8X (kiri) , Phone 8S (kanan)

HTC Corp (www.htc.com), memperkenalkan Windows Phone 8X dan 8S HTC, telefon bimbit yang beroperasi di atas platform Windows Phone 8 dengan reka bentuk ikonik, sistem bunyi berkualiti studio dengan Beats Audio dan keupayaan kamera yang memberangsangkan.
Presiden Asia Selatannya, Lennard Hoornik berkata, Windows Phone dengan jelas menunjukkan sebagai ekosistem mudah alih terbaik dan kompetitif jika dibandingkan dengan platform telefon pintar lain di dunia ini.

“Kami yakin kedua-dua model baru ini akan membantu pengguna untuk mengecapi keseluruhan potensinya serta manfaat gaya hidup yang ditawarkan oleh telefon pintar ini.
“Microsoft sudah memperlihatkan beberapa fungsi baru yang akan dibawakan pada Windows Phone 8 termasuk merakam paparan skrin, sokongan ‘jubin’ yang boleh diubah saiz dan banyak lagi yang memberi manfaat kepada pengguna sesuai dengan gaya hidup masa kini,” katanya pada majlis pelancarannya di Singapura baru-baru ini.

Windows Phone 8X HTC dijangka memasuki pasaran pada pertengahan November ini dan Windows Phone 8S HTC pula pada awal Disember depan dengan masing-masing pada harga cadangan RM1,799 dan RM999.

Wwaaa !! adakah aku akan bertukar arah kepada 8X yang berharga RM1,799 yang baru dipasaran ? ataupun still menunggu HTC Sensation XE Z715e yang akan ku miliki 4 bulan lagi ?? 

hurmmm , aku mendapat info kalau henpon yang 'guna windows mobile punya OS yang selalu hang' nie tak elok..takot pulak aku OS yang mana tak ok ekk..tengok la camne ekk..harga baru RM1,799..nak tunggu harga turun mau tak kempunan aku nak pakai HTC nih..senang2 amik HTC ONE X la , huhuhu..bapak mahal

sumber

Monday 12 November 2012

Kek Coklat Moist Versi Ke 2

Assalamualaikum...

yuhuuuu !! kali nie menjadi..puas hati sebab lembut tauu..gambar 1 , kononnya nak bagi kat paksu aku , alik2 dorang datang kan semalam , hidang terus jela..gambar 2 untuk dibawak kat tempat keje bagi kengkawan dan bos merasa..yang merasa hanya sorang je..takpe la tak sudi nak merasa kek aku yang tak sesedap kek kedai punya..tapi hepi kawan aku sorang nie siap nak bawak balik lagi..next week buat kek span la pulak..yuhuuuuu !! seronokkk

Henpong Baru My Mom

Assalamualaikum...

Nokia Asha 200
NOKIA ASHA 200

tahap terdesak nih..henpon lamanya tu membuatkan mak aku naik giler..last minit beli la henpon lain..memula tu dia suruh beli bajet RM100 lebih je..tapi nak ada kamera , memori , screen tak nak kecik sangat..mak aku nie jenis suka dengar lagu time memalam..kemain dia punyaa citarasa..

henpong nie pilihan aku ngan adik aku..timbul niat jahat aku untuk mengenakan mak aku..biar bijik mata dia terjojoi keluar berkali kali bila nak taip mesej , muahaha !! tak penah2 dia pakai keypad cenggituh , haha..tapi aku tengok mak aku cam puas hati laa..harga henpon nie RM338..aku pukau dia dapat la RM300 + RM10(tinted)..huhu..not bad la , save bajet punya kann..kaler hanya ada 2 je , biru ngan pink pudar..lawa lak kaler dia..tak pink sangat dan tak putih sangat..

Sunday 11 November 2012

Baby Datang Melawat Aku

Assalamulaikum...

ahaaa , suka dia kalau dengan aku..lama ler tu tak tengok muka aku yang comel nih..aku tau korang jeles kan , aku tau..hehe..ini dia baby maksu aku yang dah nak masuk 6 bulan nie..dah lain benar mukanya..nak tengok muka dia masa baru dilahirkan ? sini >> baby maksu..

baru tadi dorang datang..al maklum , aku ada kat rumah kan..lama aku ngan family paksu aku tak berjumpa..so , dorang menyinggah la kat rumah..aku kan busy dgn kije , hari ahad jela ada kat rumah pun , alaahaiii..

Musim Kenduri Kawin Dah mula

Assalamualaikum...

nie kenduri lorong belakang rumah aku je..orang yang menempah kek kat kedai bos aku..mmg mendapat rahmat la pengantin nie..bila baca doa berjela jela sebelum makan , cuaca drpd panas tak berapa nak terik , terus hujan rintik2..fuhhh , semoga terus mendapat keberkatan dari Allah S.W.T..

pegi kenduri kawin je mula laa dlm pale otak aku nie terbayang2 kalau aku yang kawin..wwaaa , bestnya jadi raja sehari nie ekk..tema dorang purple gituhh..cantik ! salah satu kaler feveret aku suatu ketika dahulu..skrg feveret aku still green ok , tak mudah berpaling tadah tau..nanti datang la kenduri aku lak , tema hijau2 gituh , hewhew

kad jemputan bersepah kat rumah nie..pakat nak kawin belaka time cuti sekolah yang panjang nie ekk..

Thursday 8 November 2012

Permohonan BR1M 2.0 Melalui Online



Beginilah rupanya borang BR1M online punya..berita baik untuk rakyat Malaysia..khususnya untuk orang bujang yang berpendapatan kasar RM2,000 ke bawah dapat bantuan sebanyak RM250..korang boleh la daftar BR1M 2.0 sekarang bermula 1 November 2012 , sekarang 8 haribulan kan , boleh lagi nih...aku dah mohon dah , pakai online je , lagi senang..tak payah gaduh nak hantar memana..

Yang bestnya permohonan BR1M 2.0 kali ni boleh dibuat secara online dan diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas..kalau korang nak daftar , sila ke 
 >>https://ebr1m.hasil.gov.my/..borang ni jugak boleh diisi untuk bantuan yang RM500 untuk satu rumah tu haa..

Untuk pemohon BR1M 1.0 tak perlu memohon sekali lagi untuk borang BR1M 2.0 kecuali jika:
  • Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang bertukar alamat atau;
  • Kematian ketua isi rumah perlu mendaftar semula untuk membolehkan mereka menerima bantuan BR1M pusingan kedua yang akan diagihkan awal tahun 2013.

Syarat kelayakan penerima BR1M 

Isi rumah yang layak (RM500) :
  • Ketua isi rumah (lelaki atau perempuan) berpendapatan kasar bulanan RM3,000 ke bawah. Merangkumi individu yang telah berkahwin, termasuk yang tinggal bersama ibu bapa;
  • Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah serta individu bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah di dalam rumah yang sama.
  • Warga emas sebatang kara berumur 60 tahun ke atas (lahir 1953 atau sebelumnya) dengan pendapatan kasar bulanan RM3,000 ke bawah juga layak memohon.

Individu yang layak (RM250) :
  • Individu bujang termasuk balu, janda atau duda berumur 21 tahun ke atas (lahir 1992 atau sebelumnya) yang merupakan warganegara Malaysia.
  • Tidak mempunyai tanggungan dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 ke bawah.
  • Bukan pelajar IPT kerana akan mendapat bantuan baucar buku RM250.

Kalau korang nak daftar secara manual, borang boleh didapati di:
  • Kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
  • Pejabat Pembangunan Negeri dan Pejabat Daerah
  • Jabatan Pembangunan Persekutuan
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan

Tuesday 6 November 2012

Seronok Berjalan Sampai Kaki Dah Tak Boleh Berjalan

Assalamualaikum...

biarlah gambar menceritakan segalanya..aku conteng sikit2 je ehh..seronok sungguh dapat gi jenjalan nih..pegi time off day hari ahad 4/11/12..skrg baru nak update ekk , punya penyakit malas merebak tahap kritikal dah , lagi2 layan broadband yang sudah jadi kura2 akibat tak bayaq..

aku gi jenjalan kat mana ? alaaa , bukan kat KL pun , tak mampulah aku nak gi sana..Segamat je pun..aku tak pernah lagi pegi UO dan KiP Mart yang baru dibuka tahun lepas tak silap aku..Segamat and Kuantan jela yang mampu aku gi..

selama aku gi jenjalan memana sekalipun , aku cukup simple..tapi tetiba kali nie aku terasa cukup bergaya sebagai seorang perempuan..dengan kasut tinggi bagai dan baju camtu lagi (kalau tak pakai baju t-shirt je , selipar jepun je)..tapi dan tapi , sakit tak terkata pakai kasut tinggi tu sampai teras lebam bila sampai rumah..tapi dan tapi jugak , aku tak serik pun nak pakai lagi untuk gi jenjalan akan datang..seronok jugak..
aku jadi giler bila masuk kedai nie , banyak bear !!!! klau bawak duit seribu nih , lama dah aku rembat 4,5 ekor beruang nih..
 lokasi terakhir , KFC !
 aku nak main kat sini !! tapi hanya untuk kanak2 sahaja..dilarang masuk untuk org tua2..alaaa

Tunang Sengkek

Assalamualaikum...


BATU PAHAT: Pening memikirkan wang hantaran tidak cukup, seorang lelaki melakukan tindakan bodoh untuk menyelesaikan masalahnya apabila membuat laporan polis palsu kononnya dia disamun ketika mengeluarkan wang untuk dijadikan hantaran kahwin di bank, sebelum menghilangkan diri.

Lakonan lelaki berusia 24 tahun itu menyebabkan tunangnya serta keluarga menanggung malu apabila majlis perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung Jumaat lalu, dibatalkan dan ditukar ditukar kepada majlis doa selamat.

Tunang lelaki terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Noor, 23, berkata, bakal suaminya menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) empat hari sebelum hari persandingan pada 29 Oktober lalu dan memaklumkan dia menjadi mangsa samun.

“Dalam SMS itu dia memberitahu disamun ketika mengeluarkan wang daripada bank di Sungai Dulang sebanyak RM18,000 untuk perbelanjaan majlis perkahwinan kami termasuk wang hantaran RM12,000.


“Curiga dengan mesej yang diberikan, saya membuat pemeriksaan di bank berkenaan dan diberitahu tunang saya tidak mempunyai akaun di bank itu,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Hurmm , kesian tunang dia..nasib malang dapat tunang laki camtu..aku dapat cerita nie dari Metro masa aku pegi kedai buku area kedai aku keje nie haa..aku tumpang la baca tapi tak beli pun , sayang duit , haha !!