Jom Santai Bersama Ben Ashaari !!

entri terbaru

Monday 19 November 2012

HTC perkenal Windows Phone 8X, 8S

Assalamualaikum...



TERKINI...Phone 8X (kiri) dan 8S dengan keupayaan Beats audio.
Phone 8X (kiri) , Phone 8S (kanan)

HTC Corp (www.htc.com), memperkenalkan Windows Phone 8X dan 8S HTC, telefon bimbit yang beroperasi di atas platform Windows Phone 8 dengan reka bentuk ikonik, sistem bunyi berkualiti studio dengan Beats Audio dan keupayaan kamera yang memberangsangkan.
Presiden Asia Selatannya, Lennard Hoornik berkata, Windows Phone dengan jelas menunjukkan sebagai ekosistem mudah alih terbaik dan kompetitif jika dibandingkan dengan platform telefon pintar lain di dunia ini.

“Kami yakin kedua-dua model baru ini akan membantu pengguna untuk mengecapi keseluruhan potensinya serta manfaat gaya hidup yang ditawarkan oleh telefon pintar ini.
“Microsoft sudah memperlihatkan beberapa fungsi baru yang akan dibawakan pada Windows Phone 8 termasuk merakam paparan skrin, sokongan ‘jubin’ yang boleh diubah saiz dan banyak lagi yang memberi manfaat kepada pengguna sesuai dengan gaya hidup masa kini,” katanya pada majlis pelancarannya di Singapura baru-baru ini.

Windows Phone 8X HTC dijangka memasuki pasaran pada pertengahan November ini dan Windows Phone 8S HTC pula pada awal Disember depan dengan masing-masing pada harga cadangan RM1,799 dan RM999.

Wwaaa !! adakah aku akan bertukar arah kepada 8X yang berharga RM1,799 yang baru dipasaran ? ataupun still menunggu HTC Sensation XE Z715e yang akan ku miliki 4 bulan lagi ?? 

hurmmm , aku mendapat info kalau henpon yang 'guna windows mobile punya OS yang selalu hang' nie tak elok..takot pulak aku OS yang mana tak ok ekk..tengok la camne ekk..harga baru RM1,799..nak tunggu harga turun mau tak kempunan aku nak pakai HTC nih..senang2 amik HTC ONE X la , huhuhu..bapak mahal

sumber

No comments: