FAKTA TENTANG LELAKI
- Apabila lelaki bercakap “ermmm..tengoklah dulu” itu bermaksud si dia kurang setuju dengan pendapat kamu ataupun si dia memang bermaksud “tidak!”..
- Lelaki tidak boleh belajar tentang perempuan dari internet mahupun buku..Oleh sebab itu, mereka selalu keliru dengan sikap perempuan atau tidak faham mengapa perempuan bersikap begitu dan begini..
- Lelaki tidak suka gadis yang terlalu suka bersosial sehingga tiada batasan lagi dalam pergaulannya..
- Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang di rasakan oleh seorang perempuan..
- Semestinya lelaki juga akan bersedih jika sesebuah hubungan terputus di tengah jalan..Bezanya dengan kaum hawa mereka tidak menunjukan kesedihan di hadapan orang ramai sahaja..
FAKTA TENTANG PEREMPUAN
- Perempuan suka berpura-pura seperti mereka seorang yang sukar untuk di fahami..Namun hakikatnya dalam hati, mereka berharap agar mereka dapat di fahami oleh kaum lelaki..
- Bila si dia tidak ambil peduli di mana kamu berada, dengan siapa kamu bersama, atau apa sahaja tentang kamu itu bermakna kamu tidak lagi dalam fikirannya..
- Sekirannya dia mula berkata “kenapalah dari dulu lagi kita tidak bertemu” itu bermakna kamu lah satu-satunya calon yang paling sesuai untuknya dan si dia betul-betul menghargai kehadiran kamu..
- Siapa kata perempuan mudah tertarik dengan kekacakan lelaki sahaja ? Sebenarnya, mereka lebih tertarik dengan lelaki yang kelakar dan ambil berat tentang dirinya..
- Mereka cukup pantang bila si kekasih hati menghilangkan diri bukan kerana ‘queen control’ tetapi bagi mereka adalah satu keperluan untuk mereka tau di mana pasangan mereka berada..