Ramai wanita risau bila semakin dekat usia menopaus. Menopaus sebenarnya permulaan
era dalam hidup wanita yg menandakan kita semakin matang. Bagi wanita Islam,
ada lebih byk masa mendekatkan diri dengan Allah n boleh beribadat dgn tenang
sbb tak dek keraguan mengenai haid.
Secara purata kitaran haid terhenti pada umur 50 atau 51 tahun. Kajian
menunjukkan 1 peratus wanita menopaus awal iaitu sebelum 40 tahun. Antara punca
yg blh menyebabkan menopaus awal ialah pembedahan pembuangan ovari (akibat
masalah kesihatan), ovari gagal berfungsi n menerima rawatan kemo or
radioterapi (untuk rawatan kanser).
Penurunan paras hormon estrogen ketika menopaus memberi kesan menyeluruh kt
wanita iaitu drpd rambut hingga hujung kaki sbb ia membabitkan perubahan pada
otak, rambut, mata, gigi, jantung, tulang, payu dara, kulit dan vagina.
Perubahan ini adakalanya turut mempengaruhi emosi wanita yg sememangnya menjadi sedikit celaru akibat ketidakstabilan hormon. Suami, anak n ahli keluarga perlu faham perubahan dialami wanita di ambang menopaus n emosi yg kadangkala tidak menentu sbb ia di luar kawalan wanita.
Walaupun wanita hanya dikatakan mengalami menopaus apabila haidnya berhenti
selama sekurang-kurangnya enam bulan (biasanya pada umur 50 atau 51 tahun),
perubahan ini blh berlaku beberapa tahun sebelum itu secara perlahan-lahan n
berperingkat.
Tahap gangguan gejala berbeza antara individu mengikut daya ketahanan masing-masing. Namun, gangguan akibat menopaus tak blh dibiarkan berlarutan sbb 1 pertiga hidup wanita adalah selepas menopaus.
Inilah sbbnya sokongan keluarga terutama suami penting supaya wanita dapat menjalani kehidupan sebaik mungkin. Ia bertepatan dengan tema sambutan Hari Menopaus Sedunia tahun ini yang berkisar kepada penuaan sejahtera dalam usia emas.
Sememangnya ada byk perkara baru yg perlu diambil kira sebaik memasuki era menopaus terutama dari segi kesihatan. Antaranya ialah saringan kesihatan utk:
· Payudara – Risiko
mendapat kanser payudara meningkat mendadak selepas menopaus. Selain menjalani
ujian mamogram setiap tahun, setiap wanita perlu selalu membuat pemeriksaan
sendiri payudara di rumah.
· Tekanan darah – Pada
usia begini, tekanan darah memang mudah naik klau tak jaga pemakanan. Tekanan
darah n paras kolesterol yang tinggi akan mendekatkan wanita dengan risiko sakit
jantung.
Korang tau tak ?? lepas menopaus risiko mendapat serangan jantung sama seperti lelaki. Jadi untuk mengelakkannya, rajin-rajinlah bersenam selain menjaga pemakanan. Ia juga secara tak langsung membantu mengekalkan kelangsingan badan n membuatkan anda nampak muda.
· Paras gula darah –
Tekanan darah tinggi, penyakit jantung n kencing manis digelar penyakit tiga
serangkai atau ‘sahabat baik’ kerana ia mempunyai kaitan rapat antara satu sama
lain. Berhati-hati kalau korang mempunyai ahli keluarga menghidap kencing manis
sbb korang jugak berisiko tinggi mendapatnya.
Namun amalan gaya hidup sihat dapat bantu korang menjauhi masalah ini.
Namun amalan gaya hidup sihat dapat bantu korang menjauhi masalah ini.
· Kelenjar tiroid –
klau korang berumur lebih 50 tahun n sering rasa sejuk, sengal, mengalami
sembelit n berat badan mudah naik, berbincanglah dgn doktor sama ada korang perlukan
ujian masalah kelenjar tiroid.
· Gigi dan gusi –
Kajian menunjukkan keradangan gusi ada kaitan dgn penyakit jantung n kencing
manis. Buat temu janji dgn doktor gigi sekurang-kurangnya dua kali setahun
untuk memastikan gigi kita sentiasa sihat. Ingat taw, kehilangan gigi akan
membuatkan kita nampak lebih cepat tua !! ihihihihi ^_^
· Telinga – Ramai
wanita mula mengalami masalah pendengaran selepas berumur 50 tahun. Jadi tak
payah bertangguh utk jalani pemeriksaan telinga terutama kalau pendengaran
korang agak terganggu akhir-akhir ini.
· Mata – Jalani
pemeriksaan mata setiap tahun kalau korang pakai spek mata or kanta lekap n dua
tahun sekali bagi yg tiada masalah rabun. Wanita lebih mudah mengalami masalah
mata sb lebih berisiko mendapat sindrom mata kering n penyakit auto imun yang
membabitkan mata.
· Kulit – Kerap
periksa badan sendiri. Cuba perhatikan kalau ada tanda aneh or taik lalat yg
luar biasa sbb mungkin menandakan kehadiran kanser !!.
· Emosi – Ini masalah paling lazim yg dialami
wanita menopaus. Ramai yg mengalami masalah kemurungan yg disebabkan byk faktor
seperti ketidakstabilan hormon, perubahan hidup, sindrom kesunyian (selepas
anak-anak besar n tinggal berasingan), perasaan hilang identiti diri n
sebagainya.
Klau korang turut mengalami masalah nie, dapatkan bantuan kaunselor n luangkan masa utk terbabit dalam aktiviti masyarakat supaya hidup kita terisi. ^_^
Klau korang turut mengalami masalah nie, dapatkan bantuan kaunselor n luangkan masa utk terbabit dalam aktiviti masyarakat supaya hidup kita terisi. ^_^
No comments:
Post a Comment