Jom Santai Bersama Ben Ashaari !!

entri terbaru

Wednesday 2 May 2012

Tips : Khasiat Buah Plum

Assalamualaikum...

apakah ini ?? buah plum laaaa..

Haiiiiii ouuullllsss !! hari nie aku nk citer pasal khasiat buah plum..plum tergolong dlm genus Prunus yg jugak bersangkutan dgn buah pic, nektarin, dan badam..kesemua buah nie memiliki bijik keras kat tengah2..Plum sedap dimakan segar dan jugak bile dh dikeringkan..buah plum yg dh dikeringkan dikenali sebagai buah prun..

Buah plum berbentuk bulat, kulitnye pun lembut dan bersinar..buah nie blh berwarna merah, purple atau kuning..plum dikelaskan ke dlm 6 kategori iaitu Jepun, Amerika, Damson, hiasan, liar, dan Eropah/taman..walaupun biasanya kite nampak buah plum nie bulat, tp blh jugak berbentuk bujur..*magis ae buah nie*

Buah plum memiliki khasiat dan baik utk dimakan..buah nie kaya dgn antioksidan, skaligus mencegah kerosakan pada neuron dan lemak2 yg membentuk sebahagian membran sel..pengambilan buah plum jugak dikatakan mampu membantu dlm penghasilan dan penyerapan besi dlm tubuh..sekali gus membawa kpd peredaran darah yg baik dan mampu membawa kpd pertumbuhan tisu2 yg sihat..

Kerap makan buah plum nie blh mencegah kemerosotan makula dan sebarang jangkitan kat mata dlm tempoh masa yg panjang..selalu2 lah makan buah plum nie utk kekalkan ketajaman penglihatan..

Buah plum memiliki agen anti barah yg dikatakan mampu membantu mencegah pertumbuhan sel2 berkanser dan tumor dlm badan..dgn makan buah plum nie dlm masa yg berpanjangan jugak blh mngurangkan peluang utk dapat penyakit jantung, sebab buah plum nie memiliki agen2 pembersih tertentu yg memastikan darah tetap asli dan mencegah komplikasi kat jantung..

Isi buah plum nie rendah kalori dan tak mengandungi lemak tepu, tp mengandungi pelbagai sebatian, mineral, dan vitamin yg meransang kesihatan..sebatian2 yg ade dlm buah plum seperti serat pemakanan, sorbitol, dan isatin terkenal dlm membantu mengawal fungsi sistem penghadaman dan nie amat baik utk org yg menghadapi masalah sembelit..

walaupun terdapat pelbagai khasiat dan kebaikan buah plum, namun begitu pengambilan utk tujuan kesihatan dan perubatan perlulah mendapat nasihat dr mana2 pengamal perubatan utk elakkan kemudaratan di kemudian hari..

sekian..nie tak merapu taw, betol2 kejadian, hoho !!


No comments: