Jom Santai Bersama Ben Ashaari !!

entri terbaru

Thursday 3 May 2012

Tips : Aset Buah Naga !!

 Assalamualaikum...
haluuuuuuuu oulllsss !! shat hari nie ?? yg tak shat pegi berjabat tgn dgn doktor ehh.. ^_^ haaa, entri kali nie aku nak citer pasal buah naga pulak..sebenarnya aku rindu kat buah naga..tingin nak makan..sodapp tawwww !! tp jarang ade kat sini..sob3 :'( huhuuuu..kite selalu tengok buah aje kannn..pernah tngok pokok dye ?? kelakar pulak aku tngok, hoho !! okeee, jommmm tngok gambar2nye..



Masih ramai yg tak tau cara nak makan buah nie sbb bentuknya yg ganjil, dgn kulit luar warna merah dan mempunyai sayap mcm seekor naga sampai la digelar buah naga (dragon fruit)..ada org yg potong kulitnya mcm makan buah epal..tp cara sebenar makan buah naga nie ialah belah dua dan ceduk isinya dgn sudu..
tp di sebalik rupanya yg ganjil, buah naga drpd keluarga ‘cactacea’ yg tergolong dlm spesies kaktus sebenarnya kaya dgn khasiat..buah naga nie isinya mcm buah kiwi..buah naga yg isinya berwarna putih lebih mudah didapati kat pasaran, tp mengikut pakar pemakanan dan perubatan, buah yg isinya berwarna merah  lebih banyak khasiatnya..
pakar sependapat dan mengakui buah naga kaya dgn potasium, ferum, protein, serat, sodium dan kalsium yg baik utk kesihatan berbanding buah2 lain yg diimport..kajian menunjukkan buah naga merah nie sgt baik utk sistem penghadaman dan peredaran darah..juga memberi tindak balas memberangsangkan utk mengurangkan tekanan emosi dan meneutralkan toksik dlm darah..
kajian jugak menunjukkan buah nie blh mencegah kanser usus, selain mencegah kandungan kolesterol yg tinggi dlm darah dan pada masa yg sama menurunkan kadar lemak dlm badan..
secara keseluruhan, setiap buah naga merah mengandungi protein yg mampu mengurangkan metabolisma badan dan menjaga kesihatan jantung; serat (mengawal kanser usus, kencing manis dan diet); karotin (kesihatan mata, menguatkan otak dan menghalang penyakit); kalsium (menguatkan tulang) dan fosferos (pertumbuhan tisu badan)..
Buah naga juga mengandungi zat besi utk menambah darah; vitamin B1 (mengawal kepanasan badan), vitamin B2 (menambah selera), vitamin B3 (menurunkan kadar kolesterol) dan vitamin C (menambah kelicinan, kehalusan kulit serta mencegah jerawat)..satu lagi fakta, khasiat buah naga tak terhad kpd buahnya, tp turut wujud pada keseluruhan pokok..
buah naga juga blh dijadikan pencuci mulut yg lazat..selain tu, buah yg belum masak blh dimasak sup dan dicampur dgn daging, ekor atau tulang..bunga buah naga pulak boleh digoreng sebagai sayuran, dijadikan ulam dan juga boleh dikeringkan utk dijadikan teh bunga..
bunga pokok nie mempunyai kadar debunga yg tinggi kerana tempoh ia mekar penuh terlalu singkat, sekali gus menyebabkan lebah dan serangga lain tak sempat mengambil debunganya secara penuh berbanding bunga lain yg mekar berbulan-bulan..debunga bunga buah naga juga mempunyai khasiat tinggi dan cukup baik untuk kesihatan manusia..
dahan pokok buah naga juga boleh dijadikan salad, ulam, digoreng dgn sambal belacan dan dimasak sup, yg terbukti berkesan utk membuang toksik dlm badan dan mencuci perut...kat Amerika Selatan, dahan buah naga dihancurkan dan diperam utk dijadikan makanan ternakan seperti lembu dan kambing..ia terbukti mampu meningkatkan kadar susu, selain kualiti ternakan berkenaan..
kelebihan pokok buah naga ialah tahan lasak, tahan serangan serangga, kerana ia spesies pokok kaktus, menyebabkan racun serangga tak perlu digunakan ketika penanaman..seperti kita sedia maklum, bahan makanan yg bebas drpd penggunaan racun serangga adalah yg terbaik utk kesihatan..
KEBAIKAN  ;
# Tingkat daya tahan
# Kurangkan metabolisma badan
# Baik untuk sistem penghadaman dan peredaran darah
# Kurangkan tekanan emosi
# Neutralkan toksik dalam darah
# Cegah kanser usus
# Cegah kandungan kolesterol tinggi
# Turunkan kadar lemak

2 comments:

Anonymous said...

yummy dragon fruit!!

apple emon bukakmulut said...

yapppp ^_^