Jom Santai Bersama Ben Ashaari !!

entri terbaru

Thursday, 20 October 2011

Tips : Rangsang Minat Memasak

RAMAI yang memilih untuk makan di luar berbanding menyediakan sendiri hidangan di rumah kerana menganggap memasak leceh dan mengambil masa yang lama.

Semua itu kini tidak lagi menjadi masalah apabila Panasonic Malaysia (Panasonic), memperkenalkan rangkaian Keajaiban Memasak untuk membantu anda di dapur.

Menerusi rangkaian berkenaan, tujuh produk dapur baru diperkenalkan iaitu antaranya ketuhar gelombang mikro, periuk nasi mikro komputer, pembuat kopi, pembuat sandwic dan pembakar roti pop-up.

Rangkaian berkenaan adalah alternatif yang lebih mudah untuk memasak hidangan lazat dengan hanya perlu menyentuh punat aneka pilihan.

Pengarah Urusan Panasonic Malaysia, Jeff Lee berkata, menerusi pengenalan produk berkenaan, pihaknya berharap pengguna dapat menikmati pengalaman memasak yang lebih menyeronokkan dan mudah untuk menyediakan hidangan lazat lagi menyelerakan.

Rangkaian ‘Keajaiban Memasak’ berkenaan menggabungkan teknologi dan peralatan memasak terkini bagi merangsang minat pengguna untuk memasak sendiri di rumah.

Katanya, pengguna hari ini lebih arif dan mahukan produk mesra pengguna yang terbaik untuk meningkatkan keperluan gaya hidup mereka.

“Panasonic kini menawarkan rangkaian peralatan penyediaan makanan dan memasak yang lebih luas serta pelbagai untuk pengguna.

“Untuk itu, kami berharap pengguna dapat menikmati pengalaman memasak dengan bantuan ‘pembantu dapur’ ini.

“Jika kerja memasak lebih menyeronokkan dan mudah, ia sedikit sebanyak mampu merangsang minat pengguna untuk lebih kerap memasak sendiri di rumah,” katanya pada majlis pelancaran rangkaian itu di Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengarah Urusan Panasonic Manufacturing Malaysia Bhd, Masahiko Yamaguchi; Timbalan Pengarah Urusan Panasonic Malaysia, Chris Tomachi; Pengarah Pemasaran, Harry Sasaki dan Pengurus Besar Pemasaran Antarabangsa Panasonic, Osamu Fukuya.

Menerusi pengenalan rangkaian terbaru itu, Panasonic Malaysia kini mempunyai 15 kategori produk dengan 52 model dalam rangkaian Keajaiban Memasak.

Ia turut mendorong pihak berkenaan mensasarkan jualan 117 peratus untuk tahun fiskal 2011 yang berakhir pada 31 Mac 2012.

Sementara itu Fukuya berkata, pihaknya sedar teknologi barangan peralatan rumah kini semakin berkembang dengan lebih maju daripada segi teknologi serta inovasi.

Begitupun, dalam meneruskan komitmen untuk menawarkan lebih banyak kepada pengguna dengan memperkenalkan pelbagai barangan keperluan, Panasonic tidak berkompromi mengenai penjagaan alam sekitar.

“Komitmen kami terhadap alam sekitar kekal sebagai nilai teras untuk sentiasa memperbaiki produk yang dikeluarkan.

“Model ketuhar gelombang mikro terbaru yang diperkenalkan contohnya adalah tambahan baru dua model teknologi inverter dengan salah satu model dilengkapi fungsi serentak memanggang dan memasak secara gelombang mikro.

“Ia menjadikan jumlah peralatan dengan teknologi inverter yang boleh membantu menjimatkan penggunaan tenaga sehingga 97 peratus selain meningkatkan tahap kecerahan 154 peratus,” katanya.

Peralatan daripada rangkaian “Keajaiban Memasak” itu boleh didapati di semua pengedar sah Panasonic di seluruh negara bermula Oktober depan pada harga berpatutan.

No comments: