KOPI memang diakui antara minuman yang paling diminati masyarakat seluruh
dunia. Sama ada di kedai kopi popular atau kopitiam kecil, kopi tidak kira
panas atau sejuk, menjadi pilihan utama pengunjung ketika membuat pesanan. Ia
juga antara sajian utama ketika bersantai bersama teman di hujung minggu.
Untuk menikmati secangkir kopi yang sedap, Berjaya Starbucks Coffee Company
Sdn Bhd (Berjaya Starbucks), pengendali rangkaian Starbucks Coffee di Malaysia,
memperkenalkan pek kopi segera terbaru, Starbucks Via Ready Brew dalam usaha
mempelbagaikan produk kopi popularnya.
Pengarah Urusannya,
Sydney Quays, berkata menerusi pek kopi terbaru itu, penggemar kopi rangkaian
itu boleh menikmati minuman kegemaran mereka secara terus di mana-mana saja,
pada bila-bila masa dan dalam apa juga cara yang digemari.
Produk berkenaan diperkenalkan berikutan wujud permintaan di kalangan pelanggan yang ingin menikmati kopi keluarannya di tempat lain dan bukannya terhad di rangkaian itu saja.

“Penggemar kopi biasanya akan mengunjungi rangkaian kami
untuk menikmati minuman yang mereka sukai. Namun ada ketikanya, mereka juga
mahu menikmati minuman berkenaan ketika berehat seketika pada waktu petang atau
sewaktu berada di rumah.
“Jadi, pek kopi segera yang diperkenalkan ini mampu memenuhi
keperluan berkenaan,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Starbucks
Via Ready Brew di ibu negara, baru-baru ini.
Menurut Quays, pek segera itu sebenarnya bukan baru kerana sebelum ini ia mendapat sambutan hangat di Amerika Syarikat (AS) dan baru saja diperkenalkan di Thailand dan Singapura.
Untuk permulaan, dua perasa diperkenalkan iaitu Italian Roast dan Colombia.
Kata beliau, pihaknya tidak teragak untuk memperkenalkan lebih banyak perasa pada masa depan bergantung kepada permintaan.
Pek segera itu dihasilkan daripada 100 peratus biji kopi Arabica yang mampu menghasilkan serbuk kopi yang bertekstur ringan dan halus.
“Teksturnya yang halus menjadikan serbuk kopi ini mudah larut dalam air panas, sejuk, berais dan susu.
“Bagi penggemar kek atau ais krim, serbuk kopi itu juga boleh ditabur di atas hidangan dan rasai sendiri perbezaan rasanya,” katanya.
Pek kopi berkenaan dijual pada harga RM8 yang mengandungi tiga paket dan RM28 (12 paket) di semua cawangan Starbucks seluruh negara.
Sempena pelancaran berkenaan, pelanggan berpeluang mendapatkan empat jenis bekas air edisi istimewa yang dijual pada harga antara RM38 dan RM98.

No comments:
Post a Comment