Jom Santai Bersama Ben Ashaari !!

entri terbaru

Thursday, 20 October 2011

Tips : Gubahan Bunga

BAGI menghasilkan gubahan bunga yang indah selain teknik menggubah, jenis bunga dan bekas gubahan memainkan peranan penting.

Sekiranya menggunakan teknik moden, bekas haruslah sesuai dengan konsep. Misalnya bekas kaca berbentuk segi empat, bekas tinggi atau bulat sesuai untuk gubahan moden manakala pinggan besar nampak lebih versatil dan unik.

Menurut penggubah bunga Roslan Razali, selepas memilih jenis bekas yang akan digunakan, barulah tentukan jenis bunga.

Untuk meraikan tetamu pastinya gubahan untuk meja makan atau meja kopi menjadi keutamaan kerana di sinilah menjadi titik tumpu tetamu yang datang ke rumah.

Bagi menghasilkan gubahan segar dan menarik, harus menggunakan teknik keseimbangan seperti ketinggian serta lebar kiri dan kanan. 

“Keseimbangan dalam menggubah bunga sangat penting. Ini kerana faktor ini akan menjadikan gubahan lebih menawan sesuai dengan tempat untuk meletakkan gubahan bunga.

“Pastikan bunga disusun tinggi pada bahagian belakang dan rendah di depan. Kemudian disesuaikan pada bahagian kiri dan kanan,” katanya.

Untuk hiasan di rumah, pemilihan bunga dan warna sangat penting. Pastikan anda menggunakan warna segar seperti merah jambu, merah dan putih bagi mengekalkan keceriaan. Ini kerana warna ini dapat menarik perhatian, sekali gus menaikkan seri rumah.

No comments: