Jom Santai Bersama Ben Ashaari !!

entri terbaru

Wednesday, 19 October 2011

Tips : kesihatan dan kecantikan

                                 Assalamualaikum...

Hai,hari nie aku nk berkongsi tip2 kesihatan dan kecantikan dgn mudah ajer..bahan2 yang mudah dan senang dicari..aku cari kt internet la dan aku berminat ngn tip2 nie..so,aku nk share2 lar..jom share tip2 nya..aku yakin ramai yg da tau tip2 camnie !! sajer aku nk share2 kt org yang tak tau lagi (terlepas pndang)..mana tau ade yg tak tau lagi kn..jom !!!  ^_^

Kesihatan dan kecantikan merupakan dua ‘element’ yang mempunyai kaitan antara satu sama lain. Individu yang sihat dari segi jasmani, fizikal dan mental akan memberi impak yang positif dari segi kecantikan luarannya.

Tomato untuk membersihkan wajah.
Tahukah anda tomato juga boleh digunakan untuk membersihkan kulit wajah. Sekiranya anda telah kehabisan sabun pencuci muka dan anda mempunyai tomato dirumah anda, maka anda boleh menggunakannya untuk membersihkan wajah. Caranya hiriskan tomato dan sapukan hingga rata di permukaan wajah beberapa kali kemudian dibilas dengan air bersih. Kesannya wajah menjadi bersih serta merta dan tiada kesan sampingan.

Vitamin semulajadi untuk wajah.

Yogurt
Yogurt merupakan produk tenusu yang kaya dengan perbagai jenis vitamin dan juga kalsium. Pengambilan yogurt secara berteruskan dapat membantu individu dalam menyeimbangkan pengambilan zat.Selain itu yogurt juga boleh digunakan untuk kesihatan luaran kulit. Caranya bersihkan muka dengan pembersih muka NourAin Beauty Soap setelah itu keringkan muka dan sapukan yogurt pada pemukaan wajah hingga rata, biarkan selama 30 minit selepas itu cuci dengan air biasa.Kesannya Kulit wajah akan menjadi lebih licin, gebu serta berupaya memudarkan dan menghilangkan kesan jerawat.

Susu tepung atau susu lembu asli     
Susu tepung nespray, Omega, nestle dan lain-lain susu tepung yang berkualiti dipasaran mempunyai pelbagai jenis vitamin yang bukan hanya baik untuk diminum tetapi juga baik untuk digunakan bagi mencantikan kulit wajah.

Pengambilannya yang konsisten (dua sekali seminggu) akan menyihatkan dan melicinkan kulit. Caranya mudah saja ambil satu sudu besar tepung gandum, titikkan air sedikit sahaja pada susu tepung tetapi jangan sampai terlalu cair. Kemudian sapukan pada kulit wajah hingga rata dan biarkan selama 30 minit kemudian bilas dengan air biasa.

Susu kambing asli  
Susu kambing asli mempunyai pelbagai jenis vitamin termasuklah vitamin C dan E yang baik untuk kesihatan kulit.

Penggunaan susu kambing asli pada kulit wajah dapat menyihatkan dan mencantikkan kulit. Penggunaan yang konsisten ( seminggu 2 kali) akan memberi impak positif pada kulit wajah iaitu kulit akan nampak lebih sihat, menggebukan, berupaya memudarkan dan menghilangkan bekas jerawat.

 Caranya sangat mudah iaitu bersihkan muka terlebih dahulu dan keringkan muka kemudian sapukan susu kambing asli pada keseluruhan kulit dan biarkan selama 30 minit. Selepas itu cuci dengan air bersih.

Bagaimana mencantikkan dan menyihatkan rambut?   
Cara yang mudah dan berkesan adalah dengan menggunakan yogurt yang kaya dengan pelbagai vitamin. Caranya sapukan pada keseluruhan rambut yang telah dibersihkan dan balut rambut dengan kain atau menggunakan ‘shampoo cap’. Biarkan selama 30 minit selepas itu cuci rambut dengan air biasa.
  
Kesannya rambut menjadi lebih sihat, lembut dan lebih cantik bersinar. Untuk mengekalkan kecantikan rambut lakukan secara konsisten iaitu seminggu sekali.

“Rambut berkelemumur? Bagaimana untuk atasinya?”
Sekiranya anda mempunyai masalah rambut berkelemomur cara yang mudah dan berkesan adalah dengan mencuci rambut dengan limau nipis.
  
Caranya bersihkan rambut terlebih dahulu degan menggunakan sedikit sahaja shampoo biasa selepas dibilas sapukan air limau pada keseluruhan rambut dan urut kulit kepala selama 2 minit kemudian bilas dengan air bersih. InsyaAllah pengeluaran kelemomur dapat dikurangkan dan kulit kepala menjadi lebih bersih dan rasa segar.

Bagaimana mencantikkan kuku?     
Caranya yang terbaik untuk mencantikkan kuku adalah dengan menggunakan ubat gigi colgate atau lain-lain jenama ubat gigi.

 Caranya letakkan colgate pada tissue atau kain selepas itu sapukan pada kuku sambil membuat urutan (light massage) pada permukaan kuku dalam 5 minit dan bilas dengan air biasa. Kesannya adalah serta merta iaitu kuku nampak lebih bersih, berseri dan bersinar.

Manjakan diri dengan ‘body scrub’     
Sesekali anda boleh juga memanjakan diri dengan body scrub dengan menggunakan produk-produk body scrub yang terdapat di pasaran seperti scrub citra, sari ayu dan lain-lain. Penggunaan body scrub ini penting kerana ianya berupaya mengeluarkan sel kulit mati yang terdapat di permukaan kulit yang jika dibiar akan menjadikan kulit nampak kusam. Penggunaan body scrub yang konsisten sekurang-kurangnya dua kali seminggu akan menjadikan kulit lebih lembut, licin, lembab dan lebih berseri.

Susu Kambing Versus Collegen     
Tahukah anda Susu Kambing mampu melembabkan kulit dan merawat kulit-kulit rosak di bahagian kuku dan keseluhan badan dalam masa yang singkat jika diminum berterusan. Kesan yang singkat dapat dilihat dalam masa 7 hari sahaja seperti mengambil collogen. Jika anda mengamalkan body scrub anda akan dapati kesannya adalah optimum jika mengambil susu kambing asli dalam pada masa yang sama.

okeyyy !! klau sekarang nie aku pakai kulit kayu manis n limau nipis..wktu pagi aku akan tempek limau nipis, bia sampai kering, pastu basuh ngn air suam..tak dek la suam sgt..aku suka pnas2 sikit,baru la kawww !!  bia tkejut ket jerawat tu n tak berani nk duk kt muka kte lame2, hihihi..malam pulak aku akan tempek ngn kulit kayu manis..amek kulit kayu manis tu, gilis jew dye kt lesung batu..nk pakai serbuk dye pown ok jugak..bngun pagi soknye bru la bsuh ngn air biase..aku baru jew mula hari nie ngn kulit kayu manis nie..limau nipis aku prnah buat,memang berkesan..tak berani da jerawat nk tumbuh,huhu..okeyy lah !! sampai sini ajer aku nak share..klau ade ape2 lagi yg menarik perhatian aku,aku akan share lagi okeyy !!  papye !! Salam  ^_^

No comments: