PENATAAN ruang mampu tampil berbeza jika daya kreativiti diserlahkan bersama
keunikan produk sebagai aksesori hiasan pelbagai guna.
Dari ruang tamu, bilik tidur hingga ke ruang dapur, kebijaksanaan
mengetengahkan produk untuk kegunaan harian bersifat dwifungsi lebih
bermanfaat.
Aksesori hiasan pelbagai
juga kian diminati ramai kerana boleh menjimatkan ruang, praktikal dan
mengimbangi bajet anda.
Kepelbagaian konsep dekorasi yang ditampilkan memberi peluang idea produk
kegunaan harian dijadikan aksesori hiasan.
Apabila menghias ruang sama ada dalam rumah atau di taman,
anda bebas mengilhamkan kreativiti sendiri asalkan sesuai dan kelihatan
menarik.
Meraikan keluarga dan tetamu dengan menjamu selera di ruang
makan ternyata memberikan pengalaman berbeza sekiranya set hidangan bukan
sekadar tempat menyajikan makanan, malah berfungsi lebih daripada itu.
Ruang berkenaan juga tampil berseri jika set hidangan itu disusun mengikut kreativiti dan diletakkan dalam kabinet atau meja sebagai aksesori hiasan eksklusif.
Sudut pandangan di ruang dapur juga membawa visual keindahan tersendiri dengan kehadiran aksesori hiasan dinding yang boleh dijadikan tempat menggantung kelengkapan memasak.
Pilihan bekas pelbagai guna yang biasanya dijadikan tempat menyimpan gula dan garam juga lebih menyerlah jika berasaskan motif dan rona warna selari konsep.
Kini penggunaan bekas pelbagai guna yang diperbuat daripada seramik dan kaca juga kian meluas kerana lebih berkualiti dan menyuntik suasana berbeza di ruang dapur.
Sesekali reka letak kabinet mini pelbagai guna bermotifkan buah-buahan pastinya merealisasikan ruang dapur unik penuh konsep.
Sementara di taman pula, produk kegunaan harian boleh juga tampil sebagai aksesori hiasannya.
Reka letak peralatan menyiram dan bekas pelbagai guna di satu sudut khas semestinya mencipta suasana harmoni berinspirasikan keindahan.
Anda yang berani mencuba boleh menjadikan aksesori hiasan taman itu sebagai penambah seri dekorasi ruang bersama idea penataan tersendiri.
Dalam menampilkan kelainan, anda tidak seharusnya melupakan aspek penjagaan aksesori hiasan pelbagai guna supaya sentiasa kelihatan menarik dan berseri.
Penjagaannya mudah kerana sambil mengemas rumah saban waktu, bersihkan sekali aksesori hiasan berkenaan tanpa mengambil masa panjang.
Habuk kekal wujud dan warnanya mudah pudar jika tidak dibersihkan selalu hingga boleh menyebabkan anda kurang berminat untuk menjadikannya sebagai aksesori hiasan lagi.

No comments:
Post a Comment