Jom Santai Bersama Ben Ashaari !!

entri terbaru

Friday 7 December 2012

Tips : Perbezaan Whipping Cream Dan Whipped Cream

Assalamualaikum...

haiii korang..ini bukan blog masakan ok , ini sebagai rujukan aku untuk masa akan datang dan bila aku hilang ingatan jap pasal nie..kalau nak tau senang je on laptop jela..dan jugak rujukan untuk korang bila nak mencuba pelbagai resepi kek2 , dessert2 nih..aku suka bab2 mencuba nih..kalau bejaya boleh bukak bisnes kek , kalah bos aku , haha ! gurau bos ;)

By : Kak Wan
Rujukan : masam manis

Kedua-duanya adalah whipping cream (krim putar) yang mempunyai fungsi yang sama iaitu digunakan dalam penyediaan continental cake, dessert, ice-cream, topping.

Secara ringkas perbezaan antaranya adalah dari segi kandungan bahan, cara kegunaan dan penyimpanan

* Whipping Topping Cream atau di panggil Non-Diary Whip Cream.
Kandungan : 
Minyak Kernel Sawit, Sirap Jagung (baca bahan pada kotak) tiada kandungan lemak dari susu
Tekstur : 
Mudah kental apabila di pukul mengembang 2 x ganda, rasa manis
Kegunaan : 
Sebagai Topping dan Filling untuk kek continental seperti Black Forest, Fruit Flan, Banana Choc dan lain-lain.
Kaedah Penyimpanan : 
Simpan di tempat beku (Freezer), tahan 1 bulan selepas dibuka
Jenama di Pasaran : 
Rich's, Shine Road, Value Pride, Golden Peak
Dimana Saya boleh mencarinya ? :  
Dikedai-kedai Bekalan Bakery, di Pasaraya jarang di dapati.
Ada juga di dapati dalam botol spray. Kalau yang ni kita tak perlu pukul kerana sudah tersedia untuk di gunakan. 
 
 * UHT Whipping Cream atau di panggil Dairy Whipping Cream @ Double Cream @ Thickened Cream.
Kandungan : 
Pepejal susu
Tekstur : 
Lebih pekat dari susu segar (UHT full cream milk) tidak mengembang apabila dipukul, Rasa tawar
Kegunaan : 
Sebagai bahan campuran dalam membuat Cheese Cake, Tiramisu, Mousse, Dessert, Ice-cream dan Ganache (tidak sesuai untuk topping kek)
Kaedah Penyimpanan : 
Simpan dalam peti sejuk (Chiller) tidak perlu dibekukan, tahan 1 minggu selepas dibuka.
Jenama di Pasaran : 
Anchor, Emborg, Pauls,Shani, Greenfields, Bridel
Dimana Saya boleh mencarinya ? :  
Dikedai-kedai Bekalan Bakery dan Pasaraya juga boleh di dapati.
 
UHT - Ultra High Temperature

2 comments:

TiranaAduka said...

barulah saya tahu perbezaannya sekarang.thanks

Si Matatajam said...

Owh baru akak tau beza rupanya..yg letak dlm crepe doyan tu non dairy whipped cream la kan..