Jom Santai Bersama Ben Ashaari !!

entri terbaru

Sunday, 9 December 2012

Resepi : Kek Tiramisu

Assalamualaikum...


hai korang , jemput la singgah sini hadap tiramisu aku nie haa..pestaim aku buat taw , sedap ke tak tak tau , hehe..lagi2 berasaskan cheese..lagi la demoks aku nie telan cheese sokmo..aku saja try buat cari pengalaman , huhu..resepinya amat mudah rupanya..mati2 ingat susah..ok , aku nak kongsi resepi nie kat korang yang teringin nak buat ekk , senang giler seyhh ;)

Bahan-bahan :

* 250 gm cream cheese.
* 250 gm whipped cream.
* 150 gm yogurt asli.
* 1 penutup esen vanila.
* sponge kek perisa coffee(aku pakai perisa mocha).
* setengah cawan gula castor(blh kurang/tambah ikut suka manis).
* 1 cawan bancuhan air nescafe(tanpa gula).
* 1 sudu besar jus lemon.
* serbuk milo utk hiasan.

Cara-caranya :

1. Putar cream cheese dan gula sehingga gebu.
2. Masukkan esen vanila , jus lemon , yogurt asli dan whipped cream , putar sehingga sebati.
3. Siramkan air nescafe atas kek sponge untuk melembabkan.
4.Masukkan kek ke dlm bekas hiasan , letak cheese yang diputar tadi ke atas kek , tabur serbuk milo(ayak).
5. Kemudian ulangi langkah 3 dan 4 dan atas sekali lapiskan dgn cream cheese dan tabur serbuk milo..sejukkan dlm peti ais..dan blh dihidangkan..resepi asal serbok koko , aku bantai milo..ikut la kreativiti sendiri..aku punya simple aje..

jgn risau tiramisu aku nie tak pakai telur mentah ok..untuk pengetahuan korang , resepi tiramisu nie ramai org pakai..resepi tiramisu pakai telur mentah tu tak femes pun..aku tak suka telur mentah2 nie..korang pun sama kan ?

ok , selamat mencuba

4 comments:

al_hakim said...

ok nampak sgt sedap..hukhuk

❤farahin izzati❤ said...

nak cuba r, resepi ini !!

SuDu Biru said...

wow sedapnya...btw,follow sini.. :)

Si Matatajam said...

Wah! Menggoda tekak akak la tiramisu ni