Jom Santai Bersama Ben Ashaari !!

entri terbaru

Monday 17 December 2012

Zila Bakarin Menyesal Suntik Muka Dan Bibir

Assalamualaikum...


KUALA LUMPUR – Pelakon wanita yang sering kali diberi julukan seksi dan menggoda, Zila Bakarin mengakui dia menyesal melakukan suntikan pada wajahnya dan bibir.
Zila telah melakukan suntikan pada bahagian dagu dan bibirnya pada empat tahun lalu hingga merubah bentuk wajahnya dari yang sebenar.Bagi Zila, perubahan wajah sekarang ini menimbulkan perasaan menyesal yang tebal dalam dirinya.
Ini kerana, Zila merasakan wajahnya yang dulu jauh lebih sempurna berbanding sekarang.“Kalau masa boleh diputar ke belakang, saya memang tak akan lakukan suntikan pada wajah. Walaupun sudah lebih empat tahun saya tidak menyuntik apa-apa pada wajah, tapi bentuk tersebut masih kekal.
“Bila saya lihat gambar lama, saya rasa wajah saya sudah cukup sempurna,” kata Zila yang dipetik dari Sinar Harian.Zila percaya, keghairahan setiap wanita untuk tampil kelihatan cantik memungkinkn diri masing-masing mengambil setiap cara untuk mengekalkan kecantikan.
Namun, Zila ikhlas menasihati orang ramai yang ingin mengambil suntikan kecantikan tidak meneruskan niat tersebut.“Jadi pada sesiapa yang mahu menyuntik atau mengubah wajah, saya rasa baik lupakan sahaja niat mereka itu,” katanya.
hayyooo , manusia2 , retis2..bila dah jadi baru nak sedar..fening2 da pale aku nih..semoga lepas nie menyesal pulak seksi yer..harap terbukak pintu hati nak bertudung pulak lepas nie..sape tau ? InsyaAllah..

Sumber : Sinar Harian.

3 comments:

Nadia Johari said...

buat apela nak mengubah ciptaan Allah yang mmg sempurna ni..

Si Matatajam said...

Nasib baik dah insaf..bersyukur la ngan kurniaan Allah seadanya

Si Matatajam said...

Balas kunjungan dan folo sini..