Jom Santai Bersama Ben Ashaari !!

entri terbaru

Thursday 8 November 2012

Permohonan BR1M 2.0 Melalui Online



Beginilah rupanya borang BR1M online punya..berita baik untuk rakyat Malaysia..khususnya untuk orang bujang yang berpendapatan kasar RM2,000 ke bawah dapat bantuan sebanyak RM250..korang boleh la daftar BR1M 2.0 sekarang bermula 1 November 2012 , sekarang 8 haribulan kan , boleh lagi nih...aku dah mohon dah , pakai online je , lagi senang..tak payah gaduh nak hantar memana..

Yang bestnya permohonan BR1M 2.0 kali ni boleh dibuat secara online dan diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas..kalau korang nak daftar , sila ke 
 >>https://ebr1m.hasil.gov.my/..borang ni jugak boleh diisi untuk bantuan yang RM500 untuk satu rumah tu haa..

Untuk pemohon BR1M 1.0 tak perlu memohon sekali lagi untuk borang BR1M 2.0 kecuali jika:
  • Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang bertukar alamat atau;
  • Kematian ketua isi rumah perlu mendaftar semula untuk membolehkan mereka menerima bantuan BR1M pusingan kedua yang akan diagihkan awal tahun 2013.

Syarat kelayakan penerima BR1M 

Isi rumah yang layak (RM500) :
  • Ketua isi rumah (lelaki atau perempuan) berpendapatan kasar bulanan RM3,000 ke bawah. Merangkumi individu yang telah berkahwin, termasuk yang tinggal bersama ibu bapa;
  • Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah serta individu bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah di dalam rumah yang sama.
  • Warga emas sebatang kara berumur 60 tahun ke atas (lahir 1953 atau sebelumnya) dengan pendapatan kasar bulanan RM3,000 ke bawah juga layak memohon.

Individu yang layak (RM250) :
  • Individu bujang termasuk balu, janda atau duda berumur 21 tahun ke atas (lahir 1992 atau sebelumnya) yang merupakan warganegara Malaysia.
  • Tidak mempunyai tanggungan dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 ke bawah.
  • Bukan pelajar IPT kerana akan mendapat bantuan baucar buku RM250.

Kalau korang nak daftar secara manual, borang boleh didapati di:
  • Kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
  • Pejabat Pembangunan Negeri dan Pejabat Daerah
  • Jabatan Pembangunan Persekutuan
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan

1 comment:

Unknown said...

jom isi... :)