Hurmm , mana la Bedak Tanaka aku nie..teringin nak try..dah buat pembayaran 5 july (jumaat)..katanya hari isnin dia pos..aku tak dek masalah pun..biasa la kalau dah bank in hari jumaat kan ?
Bila tiba hari isnin , katanya...........(aku lupa pulak jawapannya)..so , dia nak pos esok(selasa)..bila tiba hari selasa , katanya dia pos esok(rabu) sbb dia tengah ontheway pegi Perak(dia pos dari Perak la)..bila tiba hari rabu , aku tunggu msg dari dia(biasa org meniaga online kan bila dah pos dia akan inform kan)..aku tunggu jela hari rabu tu , aku tak tanya dia dah..tapi hampa..bila tiba hari khamis(11 july) , aku whatsapp dia katanya dia pos esok(jumaat) , jawapannya ada dalam print screen tu..
Dan harinie hari jumaat..aku malas dah nak tanya dia , tak sampai hati pulak..kang dia cakap apa pulak tak penyabar betul aku nie..aku tunggu dia inform je..harap2 dia akan pos pada hari jumaat yang mulia ini..hari isnin la sampai jawabnya..dugaan di bulan Ramadan..kejadian seperti ini adalah iktibar untuk aku supaya menjadi seorang penyabar , haha..
Nasib baik aku masih bersabar , tak sampai hati nak tayang identiti dia..kang tertutup rezeki dia aku jugak yg dipersalahkan..jauh sekali niat aku nak terpesong ke situ apatah lagi nak marah2 dia..dia nie kawan sekolah aku..lama dah kitorang kenal , aku tau da perangai dia camne..
Nasihat aku kepada yg membuat perniagaan online nie , jangan la permainkan customer anda..tak kira la customer tu kawan sendiri ke atau tak dikenali..meniagalah dengan seikhlasnya..rezeki itu datangnya daripada Allah..sekian ,
Published with Blogger-droid v2.0.10
No comments:
Post a Comment