Perwatakan seseorang itu memang sukar untuk di ramal, tetapi jom baca 5 fakta tentang pasangan kita yang jarang kita ketahui.

FAKTA TENTANG LELAKI
  • Apabila lelaki bercakap “ermmm..tengoklah dulu” itu bermaksud si dia kurang setuju dengan pendapat kamu ataupun si dia memang bermaksud “tidak!”..
  • Lelaki tidak boleh belajar tentang perempuan dari internet mahupun buku..Oleh sebab itu, mereka selalu keliru dengan sikap perempuan atau tidak faham mengapa perempuan bersikap begitu dan begini..
  • Lelaki tidak suka gadis yang terlalu suka bersosial sehingga tiada batasan lagi dalam pergaulannya..
  • Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang di rasakan oleh seorang perempuan..
  • Semestinya lelaki juga akan bersedih jika sesebuah hubungan terputus di tengah jalan..Bezanya dengan kaum hawa mereka tidak menunjukan kesedihan di hadapan orang ramai sahaja..

FAKTA TENTANG PEREMPUAN
  • Perempuan suka berpura-pura seperti mereka seorang yang sukar untuk di fahami..Namun hakikatnya dalam hati, mereka berharap agar mereka dapat di fahami oleh kaum lelaki..
  • Bila si dia tidak ambil peduli di mana kamu berada,  dengan siapa kamu bersama, atau apa sahaja tentang kamu itu bermakna kamu tidak lagi dalam fikirannya..
  • Sekirannya dia mula berkata “kenapalah dari dulu lagi kita tidak bertemu” itu bermakna kamu lah satu-satunya calon yang paling sesuai untuknya dan si dia betul-betul menghargai kehadiran kamu..
  • Siapa kata perempuan mudah tertarik dengan kekacakan lelaki sahaja ? Sebenarnya, mereka lebih tertarik dengan lelaki yang kelakar dan ambil berat tentang dirinya..
  • Mereka cukup pantang bila si kekasih hati menghilangkan diri bukan kerana ‘queen control’ tetapi bagi mereka adalah satu keperluan untuk mereka tau di mana pasangan mereka berada..