Jom Santai Bersama Ben Ashaari !!

entri terbaru

Saturday, 19 May 2012

Tips : Petua Untuk Buang Angin Dalam Badan




Pilihan 1 : Ambil beberapa biji bawang putih dan buang kulitnya.. Hiris bawang putih nipis-nipis. Rebuskan bersama 2 gelas air putih sehingga tinggal satu gelas. Minum ramuan ini sebulan sekali.

Pilihan 2 : Rebus buah mata kucing bersama halia dan gula Melaka. Apabila suam, minumlah airnya setiap hari. Lebih elok diminum selepas makan nasi.

Pilihan 3 : Campurkan air perahan bawang merah setengah cawan bersama halba rebus setengah cawan. Kemudian bancuhkan sedikit madu asli ke dalam bancuhan itu. Kacau dan minum campuran itu setiap hari.

Pilihan 4 : Kupas seulas bawang putih yang sederhana besarnya dan makan mentah-mentah. Badan akan menjadi hangat dan angin akan keluar. Rasa mual dan pening akan berakhir.

Pilihan 5 : Ambil 5 ulas bawang putih dan bakar, tetapi jangan sampai hangus. Makan bawang tersebut sampai habis.

Pilihan 6 : Ambil 7 cawan air dan 5 keping kulit rambutan dan rebus. Biarkan hingga air menjadi secawan. Minum setelah air suam.

No comments: