Jom Santai Bersama Ben Ashaari !!

entri terbaru

Friday, 4 May 2012

Tips : Ceritera Pokok Bunga Telang

Assalamualaikum...


haaiiiii oulllllsss !! entri utk hari nie aku nak story2 pasal bunya telang yerrrr..bukak hati, bukak mata, bukak telinga besaq2 kayyy, hihihiiiiiii..nama saintifiknya adalah Clitoria Ternatea..ia adalah sejenis pokok nadir..pokok bunga telang menghasilkan bunga berwarna biru dgn bhagian tengahnya berwana putih..di negara asia tenggara, bunganya bnyak digunakan utk mewarnakan makanan..

sebagai contoh kat Malaysia nie, bunga telang digunakan utk mewarnakan masakan mcm nasik kerabu, kuih koci, pulut tekan, nyonya dumpling (chang) dan Taibak (pencuci mulut nyonya yg dibuat drpd tepung beras)..kat Thailand pulak, ekstrak bunganya dijadikan pewarna dlm minuman manis berwarna biru yg dikenali sebagai nam dok anchan..kat Myanmar pulak, bunganya dijadikan makanan dan sering dicelup dlm tepung sebelum digoreng..

sebelum bunganya digunakan sebagai pewarna, ia akan dikeringkan di bwh sinaran matahari dan disimpan..bile nak gunakan dlm masakan, ia akan direndam dlm air dan diperah utk mngeluarkan warna biru..warnanya adalah asli dan tak dicampuri bahan pengawet atau kimia..

pokok yg dikenali juga dgn nama butterfly-pea, blue-pea, dan cordofan-pea nie adalah spesis tumbuhan yg tergolong dlm keluarga Fabaceae..pokok bunga telang nie adalah dr jenis kekacang yg memanjat..ia amat sesuai dijadikan pokok hiasan, terutamanya sebagai pelitup pagar..kalau nak tanam pokok telang nie, campakkan saja benih pokok kat tanah kerana ia akan tumbuh dgn sendirinya..

 pokok bunga telang nie kaya dgn pelbagai kandungan kimia seperti saponin, flavanoid, alkaloid, ca-oksalat dan sulfur..daunnya mengandungi kaemferol, bunganya mengandungi delphinidin, triglucoside dan fenol..akarnya pulak agak beracun..

pokok bunga telang memiliki khasiat dan mampu digunakan utk tujuan perubatan tradisional..utk korang yg mengalami masalah radang mata merah, air rendaman bunga mampu digunakan sebagai air pencuci mata yg bermasalah tu..

kalau korang ade bisul, bunga blh ditumbuk halus pastu ditambahkan dgn gula jawa dan digaul dgn sebati sebelum dijadikan sebagai ubat tampal kat bisul korang tu..

kalau korang sakit telinga pulak, blh gunakan daun pokok bunga telang nie..ambik air daunnya, pastu tambahkan garam dan sapukan kat telinga yg sakit tu..

akar pokok bunga telang pulak mampu digunakan utk tujuan merawat demam..caranya dgn merebus akar nie dgn air..dah siap, saringkan dulu air rebusan nie, pastu minum 2 kali sehari..

kalau korang mengalami masalah kat iritasi, kat urinari, dan saluran kencing, korang blh rebus akar pokok telang dgn air..pastu air rebusan yg dah disaringkan nie blh lah diminum 2 kali sehari utk mengurangkan masalah kat salurang kencing tuh..

pokok bunga telang nie jugak mampu melebatkan dan menghitamkan rambut serta menyuburkan kulit kepala..daun dan bunganya juga blh digunakan utk mengurangkan sakit kepala..caranya adalah dgn memasukkan daun dan bunganya ke dlm kain hingga membentuk mcm bantal dan digunakan utk tido..ia jugak mampu merawat insomnia..

dlm perubatan tradisional ayurveda pulak, pokok bunga telang digunakan selama berkurun2 utk tujuan meningkatkan ingatan, antistres, antikemurungan, antipengecutan, dan agen penenang..walaupun terdapat pelbagai khasiat dan perubatan pokok bunga telang, tp penggunaannya perlulah mendapat nasihat drpd pengamal perubatan utk mengelakkan kemudaratan di kemudian hari..

No comments: