Jom Santai Bersama Ben Ashaari !!

entri terbaru

Thursday, 17 May 2012

Tuntutan Aidil Zafuan Membuatkan Rita Rudaini Tergelak

Assalamualaikum...


Selain telah membatalkan hasrat untuk bercerai dengan Rita Rudaini, Aidil Zafuan turut menuntut Rita Rudaini untuk kembali taat kepadanya. Disebabkan tuntutan yang dibuat oleh Aidil Zafuan itu, Rita Rudaini menyifatkannya sebagai kelakar dan macam “budak-budak” malah menganggapnya tidak masuk akal kerana Rita Rudaini mengakui yang selama ini dia tidak pernah melanggar perintah Aidil sebagai seorang suami ataupun membelakangkannya.
Dia tuntut saya supaya kembali taat? Haa… memang betul-betul kelakar. Saya tergelak dengar tuntutan dia. Selama ini siapa yang tidak taat? Saya menjalankan tugas sebagai isteri dengan baik untuk dia dan anak-anak.
Saya juga tidak pernah lari atau keluar dari rumah tetapi dia yang buat (keluar rumah) senyap-senyap dan tinggalkan saya dengan dua orang anak bersendirian..
Dalam prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Aidil menarik balik permohonan untuk bercerai dengan Rita Rudaini atas alasan mahu berdamai selain memikirkan kebaikan kedua-dua anak mereka.
Aidil juga membuat tuntutan nusyuz (perintah kembali taat) itu mahu Rita Rudaini dan anak-anak berpindah dari kediaman mereka sekarang di Damansara ke rumah yang baru didiami Aidil di USJ 1, Subang Jaya.

 Aidil yang merupakan pemain bola sepak pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut memberitahu bahawa rumah berkenaan didiaminya secara percuma tajaan ATM dan Rita Rudaini perlu berpindah untuk mengelak pembaziran kerana perlu membayar sewa rumah teres mewah yang didiami sebelum ini.

Jika Rita Rudaini gagal mematuhi permintaan Aidil itu (untuk berpindah), dia boleh dikenakan tindakan dalam tuntutan tersebut. Rita dalam kenyataan balas pula memberitahu, tidak ada sebab untuk dia berpindah kerana mereka pernah berkongsi suka dan duka di rumah yang didiami sekarang ini dan sudah tinggal sejak empat tahun lalu.
Buat apa saya nak pindah? Sudah empat tahun kami tinggal bersama di Damansara. Kenapa dia tak balik rumah dan tinggal bersama saya serta anak-anak kalau dia suami yang bertanggungjawab?
Sewa rumah sebanyak RM3,000 sebulan itu kami kongsi untuk bayar sama-sama. Bayangkan, bayaran yang separuh dia keluarkan itu pun dipertikaikan, apatah lagi nafkah anak-anak?
Bagi aku la dlm kes nie, Rita patut mengalah laa..lagipun membazir kalau terus bayar sewa rumah tu smpai 3 ribu..buat ape nak ambik bnde yg blh buat pembaziran sedangkan bnde yg 'free' ade dpn mata..kann ?? ape2 pun nie pendapat aku la..Rita mesti ade sbb dye sndiri kan..semoga dorang akan bersatu jugak..amin !

No comments: