Jom Santai Bersama Ben Ashaari !!

entri terbaru

Sunday 7 October 2012

Tanpa Diduga , Akhirnya Aku Terlantar Di Hospital

Assalamualaikum...

hai kawan kawan ! lama tak update kan..seperti tajuk entri yg tertera , yerrr aku dimasukkan ke wad kerana penyakit yg berkasih dgn aku sedari kecik lagi , akhirnya menjadi teruk sehingga aku ditahan wad..selama aku hidup kat atas muka bumi nie yg sudah mencecah 21 tahun , tak pernah aku jejakkan kaki tangan aku di wad..dan yg amat memilukan aku , tarikh aku dimasukkan ke wad ialah tarikh arwah abah aku meningggal (4/10/2008) :'(

harinie 7/10/2012 , aku dah blh keluar wad pukul 1 ptg td..Alhamdulillah , tak sanggup lama2 kat hospital tu..tetiba je td , mak aku bersuara , sepatutnya aku pegi hospital masa malam hari rabu (3/10/12), time tu aku rasa mmg da teruk batuk aku , tp aku biarkan je , makan ubat je seperti selalu..keesokan paginya (4/10/12) , aku msg kat bos aku tak dapat nak masuk keje , aku nak pegi klinik ambik MC..

setibanya aku di klinik , doktor ckp

"teruk sgt nie , sepatutnya awk kena pegi hospital..kalau pegi hospital dorang akan tahan wad sekurang2nya sehari utk bg pam oksigen non-stop"

aku pulak diam je tak larat nak bercakap , pastu dia bagi aku sedut oksigen kejap , rasa lega sikit laa..pastu aku mintak nak try beli pam yg selama nie tak pernah aku pakai..blk dari klinik , singgah kejap tempat keja aku utk bg MC yg klinik bagi selama 2 hari..

balik rumah , tido kejap , bila terjaga batuk aku makin melarat , pakai pam yg dibeli di klinik tak menjadi jugak , dalam pukul 5.30ptg aku selesai mandi , lelah aku tak ok , makin teruk tak blh jalan rasanya..aku pun ckp kat mak nak pegi hospital..masa tu mak aku puasa , suruh paksu yg hantar..

sampai kat wad kecemasan , aku diberi pam oksigen 3 kali dlm 1 masa tu sbb tak kurang2 lagi lelah tu..agak lama menunggu keputusan doktor , akhirnya dia buat keputusan aku kena tahan wad sbb dorang nak x-ray paru-paru yg kemungkinan ada kuman , dorang nak ambik darah tp mlm tu darah aku tersipu-sipu malu nak keluar sampai 8 kali cucuk..tak jadi da ambik darah..dari pukul 6 ptg - 10.30 mlm duduk kat wad kecemasan , akhirnya aku dipindah ke wad biasa..

ingatkan sehari je , rupanya bantai sampai 3 malam tido situ..malam pertama amatlah tak selesa utk tido (bear tak dok utk dipeluk) , katil kecik , berjaga-jaga aku takut jatuh katil lak , gangguan patient baru masuk , siyes tak selesa ! malam ke-3 (last) aku terasa hepi yg amat sbb adik aku sudi nak temankan aku tido kat wad..nyenyak jugak la tido time malam ke-3..

habis tangan aku , belah kiri saje 5 kali cucuk..yg aku bulatkan tu kawasan yg cucuk gak utk dimasukkan ubat , tp memandangkan ada sorang budak praktikal nie , dye cuai..katanya susah nak masukkan ubat..aku dah ckp sakit , pastu dia benti jap , pastu sambung blk sedaya upaya dye nak masukkan ubat tu (walaupun dah tau susah , panggil la akak yg dah pakar tu) , aku jadi seriyau giler..akibatnya , merah tangan aku dan esoknya bengkak sikit..pastu malam ke-3 yg last tu dia tukar jarum dan cucuk kat tempat yg dekat dgn nadi , nak gerak2 tangan tu mmg kena terlalu berhati2 laa..grrrrr~

 dah last aku nak keluar baru dapat makan sedap sedap..huhh !

surat MC dan bil hospital..sehari RM3 je ekk ? 4 hari RM24 daa..

huwwaaaaa !!! :( banyak giller ubat akak (nurse) tu bagi..
sekarang menaip agak terketar ketar dan lambat..badan still rasa lemah dan menggigil..

p/s : klik kat gambar utk kelihatan lebih jelas.

No comments: